Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Jumaat, 27 April 2012

Bahana nyamuk aedes

   RATA-RATA semua orang tahu apa itu nyamuk aedes dan betapa bahaya gigitannya yang menyebabkan demam denggi.

  Kempen membanteras nyamuk yang membawa virus mampu membunuh itu saban tahun giat dijalankan oleh kerajaan dan sering dipaparkan di pelbagai media sama ada televisyen, radio atau akhbar.

Masyarakat sedia maklum aedes membiak di takungan air jernih sama ada di dalam atau luar rumah dan mengambil masa kira-kira seminggu untuk menetas.

Langkah pencegahan pembiakan nyamuk aedes juga difahami masyarakat iaitu antaranya menyalin air dalam tempayan, kolam mandi tiap-tiap minggu, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat, periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali dan pelbagai lagi.

Namun, kempen tersebut seakan-akan tidak meninggalkan kesan apabila kes-kes kematian akibat demam denggi terus direkodkan.

Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 6,607 kes dilaporkan, meningkat sebanyak 1,256 kes atau 24 peratus berbanding 5,351 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan, sebanyak 17 kematian akibat demam denggi dicatatkan berbanding hanya sembilan kematian pada 2011 untuk tempoh yang sama.

Pakar Perubatan Respiratori Hospital Pantai Ampang, Dr. Nor Adina Ahmad Tajudin berkata, walaupun kempen memerangi demam denggi sentiasa dijalankan, masyarakat dilihat mengambil ringan permasalahan tersebut dan tidak melaksanakan langkah pencegahan seperti disarankan.

"Masyarakat tahu keseriusan penyakit itu tetapi kesedaran mereka masih kurang dan mengambil lewa langkah pencegahan pembiakan nyamuk seolah-olah mereka 'kebal' daripada gigitan aedes.

"Ada juga yang tidak memandang serius demam yang dihidapi.Sedangkan jika mereka menghidap denggi dan lambat mendapatkan rawatan, ia mampu membawa maut," ujarnya ketika ditemui di Hospital Pantai Ampang baru-baru ini.

Rawatan Menurut Dr. Adina, sehingga hari ini, belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini.

"Demam denggi pulih sendiri dan rawatan yang dijalankan sebenarnya adalah terapi sokongan. Tiada ubat atau antibiotik khas untuk merawat jangkitan tersebut.

"Apa yang dilakukan adalah usaha mengurangkan demam dengan memperbanyakkan pengambilan minuman sehingga lebih tiga liter bagi mengawal penyahidratan.

"Selalunya, mereka yang bilangan platletnya jatuh bawah 100 akan dimasukkan ke dalam wad bagi pemantauan oleh doktor dengan lebih menyeluruh.

"Masalah utama yang saya lihat ialah pesakit selalunya memandang ringan demam yang mereka hidapi. Jika lambat mendapatkan rawatan, ia boleh membawa maut kerana darah semakin pekat serta kekurangan air," ujarnya.

Tambahnya, sekiranya pesakit tidak mahu atau mampu minum, tambahan melalui cecair mungkin diperlukan untuk menghalang penyahhidratan yang teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platlet turun dengan banyaknya.

Selain itu, ubat demam turut dibekalkan bagi mengurangkan demam yang dihidapi di samping ubat-ubatan lain seperti ubat gastrik jika pesakit menghidap gastrik memandangkan imunisasi badan turut akan turun.

"Bila pesakit menghidapi demam panas tiga hari ke atas, naik ruam atau bintik merah, berlaku pendarahan terutamanya di gusi, berwaspada dan segeralah mendapatkan rawatan doktor," amaran Dr. Adina.
BACA LAGI - Bahana nyamuk aedes

Rabu, 25 April 2012

The Top 5 Things About the iPhone 4S


Although it is not obvious from a moment ago a quick glance, the iPhone 4S contract comes with a enormous add up to of improvements compared to the before iPhone 4. The iPhone 4S does not give birth to a radically in mint condition design but it does approach with many in mint condition hardware and software tweaks. So come again? Are the preeminent of these? We look by the top five things iPhone 4S brings to the put forward.

Processor

This 1GHz dual basis laptop, the same with the intention of is used in the iPad 2, is a powerful lone and lone with the intention of manages to really recover the performance of the phone. It as well increases the amount of apps with the intention of can be produced intended for the iPhone 4S as it is able to present tasks with the intention of before iPhones couldn’t manage with.
This in mint condition laptop comes with a in mint condition GPU, which will offer 7 era the power in graphical areas as compared to the iPhone 4. This seats the iPhone 4S as lone of the preeminent mobile gaming diplomacy on the promote. It is not a moment ago the preeminent smartphone intended for games, it as well gives traditional handheld consoles a run intended for their money too, with fantastic games like Infinity Blade II unfilled.

ICloud

The iCloud software is a very well laid dated member of cloud computing software and offers the users the attempt to upload all their software on to the cloud and after that purpose it from their device. This is especially valuable intended for persons who inclination to purpose the iTunes iCloud software. This allows users to upload track IDs and after that recreation songs through these IDs on the phone exclusive of having to upload the tracks themselves.
Being point Hirst the director by Best movable Contracts has understood, ‘Apple, with the make available of the 4S at the present has a dual basis smartphone in line with the likes of HTC, Samsung and Motorola. Where Apple wins through is with the introduction of the iCloud, enabling flawless synching involving all its diplomacy.’

Siri

The Siri voice control option is as well an of great consequence consequence of the in mint condition phone and allows users to tell their phone come again? To make sure of and, unlike generally other voice control software, it in fact facility. This Siri tools learns as it goes and is as well talented of giving back answers to commonly asked humorous questions. This is the essential valuable amendment to this tools and really pushes Apple early.
Siri really may possibly mark the transition from finger based phone interaction to broad voice control, and may possibly revolutionise the smartphone promote in a related way with the intention of the real McCoy iPhone did with touchscreens back in 2007.

Camera

The in mint condition device as well comes with an 8mp camera with the intention of can point 1080p record – a significant restitution intended for Apple who give birth to all the time lagged behind in the device stakes. This camera is tremendous and makes a enormous difference to the phone’s multimedia abilities.
IOS 5
IOS 5 brings a add up to of other innovations to the phone and includes BBM like iMessage and as well a notifications hindrance with the intention of drops down with all the phones happenings built-in. This helps the Apple best all other software intended for phones dated here and really makes a difference to the device.

BACA LAGI - The Top 5 Things About the iPhone 4S

Sabtu, 21 April 2012

Gajet dedah risiko jenayah

GAJET peribadi yang berteknologi tinggi seperti telefon, iphone, notebook dan sebagainya antara peranti yang memberi kemudahan dalam kehidupan harian pengguna.
Namun gajet-gajet ini juga mempunyai kelemahan. Selain mengehadkan interaksi secara bersemuka, ia juga berkompromi dengan keselamatan data peribadi.
Misalnya, apabila seseorang kehilangan gajet berkenaan, mangsa bukan setakat kehilangan gajet malah maklumat peribadi seperti nombor pin, alamat, gambar dan data peribadi lain yang disimpan di dalamnya.
Pemilik gajet berkenaan juga terdedah kepada unsur-unsur jenayah. Apabila data peribadi pemilik gajet diperoleh penjenayah, mereka bukan sahaja boleh mengeluarkan wang pemilik daripada akaun bank atau untuk tujuan ugutan, malah mereka boleh terpacul di depan pintu rumah pemilik gajet.
Gajet mudah alih ini juga mudah jatuh ke tangan mereka yang tidak diingini jika pemiliknya lalai.
Tambahan pula, kemudahan Internet Wifi percuma yang disediakan di sesetengah restoran, akan menggalakkan orang ramai membawa komputer bimbit masing-masing dan duduk dalam jangka masa yang lama bersama-sama rakan sehingga dinihari.
Golongan ini kebanyakannya terdiri daripada remaja dan pelajar yang pada mulanya mahu membuat tugasan. Namun, kemudahan Internet secara percuma itu boleh mengundang malapetaka kepada mereka sendiri dan pemilik restoran.
Misalnya, klip video kamera litar tertutup sebuah restoran mamak terkemuka di Shah Alam mendedahkan, rompakan yang berlaku pada tahun lalu itu disebabkan kecuaian pemilik gajet yang menggunakannya di tempat awam.
Ambil mudah
Bukan itu sahaja, sikap sesetengah individu yang suka meletakkan telefon bimbit di atas meja makan di restoran, beg di kedai makan atau di kerusi di hotel ketika majlis berlangsung atau mengambil makanan tanpa perhatian juga mengundang jenayah.
Tempat letak kereta juga adalah kawasan paling tidak selamat. Namun, masih ramai pemilik kenderaan yang meninggalkan gajet seperti seperti notebook dalam kenderaan.
Sikap ambil mudah dengan meninggalkan barang-barang berharga ataupun beg di dalam kereta perlu diubah. Jika tidak, kita mungkin berdepan dengan cermin tingkap kereta pecah dan terpaksa menggantikannya pada harga sehingga ratusan ringgit.
Begitu juga dengan mendaftar nama isteri atau suami dengan gelaran manja seperti sayang atau ayang di dalam telefon bimbit. Seandainya telefon dicuri, ia memberi ruang kepada si penjenayah mengirim khidmat pesanan ringkas kepada suami atau isteri. Lalu mereka meminta kata laluan atau nombor pengenalan diri (PIN) untuk mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM).
Pengurusan risiko
Masyarakat perlu bijak mengurus risiko-risiko ini dengan baik bagi mencegah mereka daripada menjadi mangsa.Masyarakat tidak sepatutnya bergantung kepada pihak polis tetapi perlu mengambil inisiatif sendiri.
Kalau kita mengambil sikap sambil lewa, kita wajar menyalahkan diri sendiri,” 
Orang ramai juga dinasihati supaya tidak memasukkan semua maklumat peribadi di dalam telefon bimbit kerana ia boleh mengundang bahaya sekiranya hilang, tercicir atau dicuri.
“Keengganan melihat diri sendiri menjadi mangsa. Ini perlu diperbetulkan. Siapa tahu kelak kita sendiri akan menjadi mangsa, komputer riba kita pula yang dirompak,” 
Pada masa yang sama, masyarakat perlu melaporkan kepada pihak polis jika ada pihak-pihak yang cuba menjual telefon bimbit, komputer bimbit pada harga yang sangat murah dan sukar diterima akal kerana ada berkemungkinan ia barang curi.
Membeli barang curi adalah satu kesalahan.

BACA LAGI - Gajet dedah risiko jenayah

Ahad, 15 April 2012

Mengenang Kembali 100 tahun tenggelamnya titanic



Hampir 100 tahun selepas kapal Titanic karam, sebuah kapal pesiaran mewah, MS Balmoral dengan jumlah penumpang yang sama memulakan pelayaran.Kapal itu belayar dengan mengikut laluan yang sama Titanic dari pelabuhan di Southampton.Ia membawa 1,309 penumpang.
Kapal itu turut menuju ke lokasi Titanic yang tenggelam pada 15 April 1912 di Lautan Atlantik. Titanic karam semasa pelayaran sulung menuju ke New York, Amerika Syarikat.Pelayaran selama 12 malam itu adalah sempena ulang tahun ke-100 tragedi kapal terbabit.
Pihak penganjur cuba menghidupkan semula pengalaman di atas kapal tersebut seperti sajian makanan yang sama sehingga kepada persembahan muzik secara langsung zaman itu.Menurut pihak penganjur, penumpang dari 28 buah negara menempah pelayaran itu.Sebahagian mereka merupakan saudara-mara penumpang kapal tersebut.
Tiket-tiket berharga AS$4,445 (RM13,595) sehingga AS$9,520 (RM29,117) ditawarkan kepada penumpang.Antara penumpang lain turut serta ialah para penulis dan ahli sejarah termasuk seorang pakar sejarah Titanic, Philip Littlejohn, seorang cucu mangsa yang terselamat.Sebahagian penumpang turut memakai pakaian pada zaman awal tahun 1900 semasa mereka menaiki kapal berkenaan.Kapal itu tenggelam selepas ia melanggar bongkah ais.
Penganjur pelayaran itu, Miles Morgan menyatakan ia merupakan pelayaran yang istimewa terutamanya untuk para saudara penumpang yang telah meninggal dunia.
Kapal itu akan berlabuh di Cherbourg di Perancis dan Cobh, Ireland seperti yang dilakukan Titanic. 
Sejarah Titanic
RMS Titanic (jugaSS Titanic) merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and WolffTitanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.
Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini.Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya.

     
Akhbar New York Herald melaporkan bencana Titanic.
Kapal Titanic merupakan kapal penumpang kepunyaan White Star Line, dibina di limbungan Harland and Wolff di BelfastIreland. Kapal ini direka untuk menyaingi kapal milik syarikat Cunard Line iaitu Lusitania dan MauretaniaTitanic, bersama kapal saudaranya kelas-OlympicOlympic dan yang akan dibina Britannic, pada asalnya dinamakan Gigantic yang bertujuan untuk menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibina. Pembinaan RMS Titanic dibiayai oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan syarikatnyaInternational Mercantile Marine Co., bermula pada 31 Mac 1909. Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya. Titanic mempunyai ukukran sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, seberat 46,328 tan kasar, dan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki). Walaupun ia melitupi lebih banyak ruang dan dengan tan kasar yang lebih, badan kapal Titanic adalah sama panjang dengan kapal OlympicTitanic dilengkapi dengan dua enjin bersetentangan empat silinder, tiga pembesaran, enjin wap terbalik dan satu turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan tiga kipas. Terdapat 29 dandang yang dipanaskan oleh 159 pendiang arang batu yang mampu menghasilkan kelajuan sehingga 23 knot (43 km/j). Hanya tiga daripada empat serombong kapal setinggi 19 meter (63 kaki) yang berfungsi; serombong keempat yang digunakan sebagai pengudaraan (sengaja ditambah bagi menampakkan kehebatan kapal itu). Kapal Titanic mampu membawa 3,547 penumpang dan anak kapal dan disebabkan ia membawa surat, namanya diberikan penambahan awalan Kapal Surat DiRaja (Royal Mail Ship) (RMS) atau (Royal Mail Steamer) dan juga sebagai kapal wap - SS (Steam Ship). Untuk masa itu, kemudahan dan kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan kemudahan seperti kolam renanggymnasiummandian Turkiperpustakaan dan gelanggang squash. Bilik umum kelas pertama dihiasi indah dengan panel kayu yang meluas, perabot mahal dan hiasan indah yang lain. Kapal tersebut turut menawarkan tiga lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama dan, satu inovasi pada masa itu, satu lif bagi penumpang kelas dua.
Titanic dianggap kemuncak senibina laut dan pencapaian teknologi. Ia dianggap oleh majalah Pembina Kapal Ship Builders sebagai "hampir tidak mungkin tenggelam." Titanic dibahagikan kepada 16 ruang kedap air dengan pintu yang dikawal oleh kunci magnetik dan akan diturunkan hanya dengan menekan satu suis dari dek anjung kapal; bagaimanapun, pembahagian (bulkhead) tidak merentangi keseluruhan ketinggian geladak (hanya sehingga Dek-E). Titanic mampu terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi air; sekiranya lebih dari itu, ia akan tenggelam.


Kapal Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari SouthamptonEngland, untuk perjalanan ke Bandar New York, New York, padaRabu, 10 April 1912, di bawah kendalian Kaptain Edward J. Smith. Ketika Titanic bergerak meninggalkan pelabuhan, kuasa sedutan yang dihasilkan oleh kapal tersebut menyebabkan kapal penumpang New York, yang berlabuh berhampiran, putus tambatan dan ditarik begitu hampir (sekitar 4 kaki) dengan Titanic sebelum kapal tunda menunda New York dapat mengelak. Kejadian tersebut melewatkan Titanic berlepas satu jam dari jadual sebenar. Selepas menyeberangi Selat InggerisTitanic berhenti di CherbourgFrance, untuk menurunkan dan mengambil penumpang tambahan dan berhenti sekali lagi di Queenstown (sekarang ini dikenali sebagai Cobh), Ireland, sebelum meneruskan pelayaran ke New York dengan 2,223 penumpang.[1]
Titanic mempunyai tiga bahagian kelas penumpang yang diasingkan. Kelas ketiga yang juga dikenali sebagai steerage, terdiri daripada kabin kecil di dek bawah, diduduki kebanyakannya oleh pendatang yang mengharapkan kehidupan lebih baik di Amerika. Kabin dan bilik umum kelas kedua yang terletak di buritan kapal adalah sama dengan kemudahan kelas pertama di kapal-kapal yang lain. Kebanyakan penumpang kelas kedua pada asalnya menempah kelas pertama di kapal yang lain tetapi disebabkan mogok arang batu, mereka dipindahkan ke Titanic. Kelas pertama merupakan bahagian paling mewah di atas kapal.
Sebahagian daripada orang yang terkenal turut belayar sebagai penumpang kelas pertama. Ini termasuk jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor; pemilik kilang Benjamin Guggenheim; pemilik MacyIsador Straus dan isterinya Ida; jutawan Denver,Margaret "Molly" Brown; Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya, pereka fesyen, Lady Lucille Duff-Gordon; George Elkins Widener dan isterinya, Eleanor; John Borland Thayer, isterinya Marian dan anak mereka yang berusia tujuh belas tahun, Jack; wartawan William Thomas Stead; Countess of Rothes; pembantu presiden U.S. Archibald Butt; pengarang dan sosialit, Helen Churchill Candee; pengarangJacques Futrelle, dan isterinya May, dan rakan mereka, pengarah Broadway Henry dan Irene Harris; pelakon wanita filem bisu Dorothy Gibson; dan yang lain. Turut bersama di kelas pertama adalah pengarah urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang mencadangkanTitanic dan pembina kapal Thomas Andrews, yang turut bersama bagi memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baru tersebut.

Pada malam Ahad, 14 April, suhu menurun sehingga tahap hampir beku dan laut tenang. Bulan tidak muncul manakala langit pula cerah. Kapten Smith bertindak kepada amaran ketulan aisberg melalui wireles semenjak beberapa hari dengan mengubah haluan Titanic ke arah lebih selatan. Pada Ahad tersebut iaitu pada 1:45 PM, pesanan dari kapal wapAmerika telah memberi amaran bahawa air batu besar terapung dalam laluan Titanic, tetapi amaran ini tidak dihantar ke dek kawalan. Lewat petang itu, satu lagi laporan mengenai ketulan air batu besar yang banyak, kali ini daripada Mesaba, turut gagal disampaikan ke dek kawalan.
Pada pukul 11:40 PM ketika berlayar di selatan Grand Banks di Newfoundland, pemantau Fredrick Fleet dan Reginald Lee melihat ketulan air batu yang besar tepat di hadapan kapal. Fleet membunyikan loceng kapal sebanyak tiga kali dan menelefon dek kawalan lalu memberitahu, "Aisberg, betul-betul di hadapan!" Pegawai Pertama Murdoch mengarahkan pusingan mengejut ke port (kiri) dan kelajuan tinggi ke belakang, yang menghentikan dan kemudiannya mengundurkan enjin kapal. Perlanggaran ternyata tidak dapat dielakkan, dan aisberg tersebut bergesel dengan bahagian kanan sisi kapal, merenggangkan badan kapal di beberapa bahagian dan melantunkan kimpalan rivet di bawah paras air sepanjang sekitar 91 m (300 kaki). Pintu kedap air ditutup apabila air mula memasuki lima bahagian kedap air pertama, lebih satu daripada apa yang dapat ditanggung Titanic. Berat lima bahagian kedap air yang dimasuki air menarik kapal ke bawah melebihi ketinggian dinding kedap air lalu membenarkan air untuk memasuki bahagian lain. Kapten Smith, merasai gegaran hentaman itu lalu menuju ke dek pengurusan dan memerintahkan berhenti sepenuhnya. Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapten dan Thomas Andrews, jelas disedari bahawa Titanic akan tenggelam, dan sejurus selepas tengah malam pada 15 April, perahu penyelamat diperintahkan untuk disediakan dan panggilan keselamatan mula dihantar.
Bot penyelamat pertama dilancarkan, bot 7, diturunkan pada pukul 12:40 AM di bahagian kanan kapal dengan hanya 28 orang di atasnya.Titanic membawa 20 perahu penyelamat dengan keupayaan penuh 1,178 orang. Walaupun tidak mencukupi untuk membawa kesemua penumpang dan anak kapal, Titanic membawa lebih banyak bot berbanding yang disyaratkan oleh Lembaga Peraturan British (British Board of Regulations). Pada masa itu, jumlah bot penyelamat yang diperlukan ditetapkan menurut tan kasar kapal, bukannya jumlah orang yang dibawanya.
Penumpang kelas pertama dan kedua lebih mudah menuju ke bot penyelamat dengan tangga yang menuju terus ke dek bot, tetapi penumpang kelas ketiga lebih sukar. Ramai mendapati laluan dari bahagian bawah kapal sukar difahami dan menyukarkan mereka untuk sampai ke bot penyelamat. Lebih buruk lagi bagi penumpang kelas ketiga apabila pintu dikunci oleh anak kapal yang menunggu arahan bagi membenarkan penumpang naik ke geladak.

Titanic melaporkan kedudukannya pada 41° 46′ N, 50° 14′ W. Bangkai kapal dijumpai di 41° 43′ N, 49° 56′ W.
Operator radio tanpa wayar Jack Phillips dan Harold Bride sibuk menghantar kodCQD, isyarat kecemasan sejagat. Beberapa kapal menyahut, termasuk Mount TempleFrankfurt dan kapal saudara TitanicOlympic, tetapi kesemuanya terlalu jauh untuk sampai sebelum Titanic tenggelam. Kapal terdekat adalah RMSCarpathia kepunyaan Cunard Line yang sejauh 93 kilometer (58 batu) dan hanya sampai selepas empat jam; terlalu lewat untuk sampai ke Titanic. Satu-satunya daratan yang menerima isyarat kecemasan Titanic merupakan stesyen wireles diCape RaceNewfoundland.
Pada mulanya, penumpang enggan meninggalkan Titanic untuk menaiki kapal penyelamat yang kecil kerana merasakan Titanic lebih selamat dan selesa serta tiada sebarang tanda yang menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan bahaya. Malahan, terdapat khabar di antara mereka bahawa mereka dikehendaki turun ke dalam bot penyelamat hanya sebagai syarat untuk mematuhi undang-undang yang ada dan mereka difahamkan lagi bahawa mereka akan kembali ke kapal untuk sarapan pagi kerana mereka percaya kapal tersebut tidak akan tenggelam. Ini menyebabkan kebanyakan bot dilancarkan separuh kosong dan terdapat satu bot yang mampu membawa 40 orang berlepas dengan hanya 12 orang di atasnya.
Dengan arahan "wanita dan kanak-kanak dahulu" diberi keutamaan untuk menaiki bot penyelamat, Pegawai Kedua Lightoller, yang mengisi bot penyelamat di sebelah kiri, hanya membenarkan lelaki yang diperlukan sebagai pengayuh dan tidak untuk sebab lain walaupun masih terdapat tempat kosong. Pegawai Pertama Murdoch, yang mengisi bot di sebelah kanan kapal, membenarkan lelaki naik sekiranya wanita tidak mencukupi. Apabila kapal semakin condong, penumpang mulai cemas dan sesetengah bot berlepas penuh. Pada 2:05 AM, seluruh bahagian haluan kapal tenggelam di bawah air dan ketika itu, selain dua buah bot, semua bot penyelamat yang lain telah dilancarkan.
Sekitar 2:10 AM, bahagian belakang kapal terangkat dari paras air menampakkan bilah kipas, dan pada pukul 2:17 aras air mencecah geladak bot. Keadaan semakin hangat apabila dua bot penyelamat terakhir terapung dari geladak, satu terbalik dan satu lagi separuh berisi air. Tidak lama kemudian, serombong paling hadapan jatuh, meremukkan sebahagian dek pengurusan dan mereka yang terapung di permukaan air. Di geladak, para penumpang berlari ke arah buritan atau melompat ke laut dangan harapan dapat sampai ke bot penyelamat. Bahagian buritan kapal perlahan-lahan terjungkit ke langit, dan barang-barang yang tidak terikat jatuh ke dalam laut. Semasa bahagian belakang kapal terjungkit, sistem eletrik gagal dan semua lampu terpadam. Tidak lama kemudian, tekanan pada badan kapal mengakibatkan Titanic pecah dua antara dua serombong terakhir, dan bahagian hadapan tenggelam sepenuhnya. Bahagian belakang terapung di permukaan air seketika dan terjungkit menegak. Selepas beberapa ketika, pada pukul 2:20 AM, kesemuanya tenggelam ke dalam laut.
Daripada sejumlah 2,223 orang, hanya 706 terselamat; 1,517 mati. Kebanyakan kematian disebabkan mangsa terkena hipotermia dalam air bersuhu 28 °F (−2 °C). Hanya dua daripada 18 bot penyelamat yang dilancarkan kembali untuk menyelamatkan mangsa dari dalam air selepas kapal tenggelam. Bot penyelamat 4 kembali dan menyelamatkan lima orang, dua daripada mereka mati kemudiannya. Hampir sejam kemudian, bot penyelamat 14 kembali dan menyelamatkan empat orang yang mana satu mati kemudiannya. Ada yang lain berjaya menaiki bot penyelamat yang terapung daripada geladak. Terdapat pertikaian dalam bot penyelamat lain sama ada hendak kembali, tetapi kebanyakan yang terselamat takutkan bot penyelamat mereka akan tenggelam akibat dikerumuni mangsa yang cuba menaiki bot mereka atau "ditarik" oleh Titanic yang tenggelam, walaupun sebenarnya hanya sedikit tarikan berlaku.
  
Ketika kapal tersebut tenggelam ke dalam laut, kedua bahagian tersebut menjunam dalam cara berlainan. Bahagian haluan yang runcing mendatar kira-kira 609 m (2,000 kaki) di bawah permukaan dan mendarat dengan agak perlahan. Bahagian buritan bagaimanapun tenggelam dengan laju ke dasar lautan; badan kapal terburai akibat penguncupan udara yang terperangkap dalam kapal. Bahagian buritan kapal menghentam dasar pada kelajuan tinggi, terbenam jauh ke dalam lumpur.
Apabila berita mengenai malapetaka itu tersebar, ramai orang terkejut bahawa Titanic telah tenggelam dengan jumlah kematian yang begitu tinggi walaupun dilengkapi dengan teknologi yang maju. Akhbar dipenuhi berita dan gambaran mengenai malapetaka tersebut dan kesemuanya tidak sabar-sabar untuk mendapatkan berita terkini. Banyak tabung amal ditubuhkan untuk membantu mangsa dan keluarga mereka, ramai yang kehilangan orang yang merupakan punca pendapatan, atau dalam kes penumpang kelas ketiga, kesemua barang yang mereka miliki.
Penenggelaman itu memberi kesan yang mendalam kepada penduduk Southampton. Menurut Hampshire Chronicle pada 20 April 1912, hampir 1,000 keluarga tempatan terjejas secara langsung. Hampir setiap jalan di daerah Chapel bandar tersebut kehilangan lebih dari satu penduduk dan hampir 500 rumah kehilangan keluarga.
Sebelum penumpang yang terselamat tiba di New York, siasatan telah dirancang bagi mengetahui apa yang berlaku kepada Titanic, dan apa yang boleh dilakukan bagi mengelakkan dari berulang. Senat Amerika Syarikat memulakan siasatan mengenai kemalangan Titanicpada 19 April, sehari selepas Carpathia tiba di New York dengan mereka yang terselamat. Pengerusi penyiasatan, Senator William Alden Smith, ingin mengumpul gambaran penumpang dan anak kapal semasa semuanya masih jelas dalam fikiran mereka. Smith juga perlusepina warganegara British semasa mereka masih berada di tanah Amerika. Penyiasatan Amerika berlangsung sehingga 25 Mei. Lord Mersey dilantik bagi mengetuai penyiasatan Lembaga Perdagangan British - British Board of Trade's mengenai kemalangan tersebut. Penyiasatan British berlangsung antara 2 Mei dan 3 Julai. Setiap penyiasatan mengambil kenyataan daripada kedua-dua penumpang dan anak kapal Titanic, anak kapal Californian dan pakar lain.
Para penyiasat mendapati kebanyakan peraturan keselamatan ketinggalan zaman dan dengan itu pelbagai langkah keselamatan baru dilaksanakan. Kedua-dua penyiasatan mengenai kemalangan tersebut mendapati kapten dan kapal Californian gagal memberikan bantuan sewajarnya kepada Titanic. Penyiasatan tersebut mendapati bahawa Californian lebih hampir dengan Titanic berbanding 31 km (19 ½ batu) yang dianggarkan oleh Kapten Lord dan bahawa Lord sepatutnya membangunkan operator selepas roket dilaporkan kepadanya. Disebabkan operator Californian tidak bertugas, 29 negara mengesahkan Akta Radio 1912, yang menyelaraskan komunikasi radio, terutamanya dalam keadaan kecemasan.
Kemalangan tersebut turut mendorong kepada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Jiwa di Laut - (International Convention for the Safety of Life at Sea di LondonEngland, pada 12 November 1913. Pada 20 Januari 1915, persetujuan ditandatangani oleh persidangan tersebut dan menghasilkan penubuhan dan pembiayaan antarabangsa Peronda Ais Antarabangsa - (International Ice Patrol), agensi Pegawai Persisiran Amerika Syarikat yang sehingga hari ini memantau dan melaporkan lokasi aisberg Lautan Atlantik yang boleh menjadi ancaman kepada laluan laut yang merentasi Atlantik. Ia turut dipersetujui dalam peraturan baru bahawa semua kapal penumpang perlu mempunyai bot penyelamat yang mencukupi bagi semua orang di atas kapal, dan latihan keselamatan yang bersesuaian dilakukan, dan semua komunikasi radio dikendalikan 24 jam sehari bersama punca kuasa kedua, agar tidak terlepas panggilan kecemasan. Sebagai tambahan, telah dipersetujui bahawa tembakan roket merah daripada kapal mestilah dianggap sebagai isyarat kecemasan.



BACA LAGI - Mengenang Kembali 100 tahun tenggelamnya titanic

Khamis, 12 April 2012

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?






Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
BACA LAGI - Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?