Jumaat, 29 Jun 2012

Patung Upin & Ipin di KFC



KFC kini menawarkan sesuatu yang sukar ditolak oleh mana-mana kanak-kanak yang berkunjung ke restoran makanan segera itu bersama ibu bapa mereka. Ini kerana sejak Mei hingga Jun tahun ini, KFC melancarkan Patung Permainan Upin & Ipin Edisi Terhad hasil kerjasama sulung dengan syarikat yang memiliki jenama animasi terkenal, Les’ Copaque.
Menggunakan cogan kata Betul-Betul-Betul Best, patung permainan istimewa itu menjadi koleksi yang harus dimiliki oleh semua penggemar animasi Upin & Ipin.
Sebanyak empat model patung permainan Upin & Ipin ditawarkan secara bergilir-gilir pada setiap minggu. Ia boleh didapati pada harga serendah RM9.70 bagi pelanggan yang bukan ahli Kelab Chicky, manakala RM9.20 untuk ahli dengan setiap pembelian hidangan KFC Upin & Ipin.
Bagaimanapun, dengan sebarang pembelian mana-mana produk ayam, pelanggan juga berpeluang untuk membeli koleksi model patung permainan tersebut pada harga RM5.50 bagi ahli Kelab Chicky dan RM6.50 kepada pelanggan bukan ahli.kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan