Selasa, 28 Februari 2012

Peminat Misteri Akhirnya di Tahan


LELAKI yang menjadi peminat misteri dengan mengirim barang-barang aneh kepada seorang gadis ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR: Teka-teki siapa peminat misteri yang menghantar kiriman aneh berupa seluar dalam lelaki dan tiga ekor ayam kepada seorang gadis di Wangsa Maju di sini baru-baru ini terjawab apabila polis menahan seorang lelaki semalam.
Suspek berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Sri Rampai, Wangsa Maju di sini pada pukul 1.30 petang.

Lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak rupa-rupanya jiran mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat Teknologi Maklumat di ibu negara. Malah mangsa turut mengenali peminat misteri itu.
Suspek yang berasal dari Perak itu dipercayai bertindak demikian kerana menyangkakan mangsa yang berusia 20-an itu ialah pelakon terkenal, Diana Danielle Beeson atau lebih dikenali sebagai Diana Danielle, 20.

Suspek mendakwa dia tidak pernah bersemuka dengan pelakon kacukan terbabit tetapi kerap berhubung dengan pelakon itu di laman sosial Twitter sejak beberapa tahun lalu iaitu sebelum wanita itu menceburi bidang seni.
Suspek juga mendakwa sepanjang berkomunikasi di Twitter, Diana Danielle sering membalas komennya menyebabkan dia teruja untuk mengenali wanita itu dengan lebih rapat.

Jelas suspek itu lagi, dia amat meminati pelakon itu kerana bukan sahaja memiliki wajah yang cantik malah menyifatkan Diana Danielle sebagai seorang wanita bijak.
Suspek itu memberitahu, dia mengirim bungkusan berisi gambar, nota cinta dan tiga ekor ayam yang dipelihara sendiri kepada mangsa sebagai tanda persahabatan kepada wanita itu atau hadiah daripada peminat tanpa muslihat lain.

Selain Diana Danielle, suspek turut menyertakan nota cinta kepada penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei yang turut dikirimkan di rumah mangsa. Chinn Fei juga merupakan seorang wanita diminati suspek.

BACA LAGI - Peminat Misteri Akhirnya di Tahan

Khamis, 23 Februari 2012

Proton Inspira edisi Yes 4G model pertama Proton dilengkapi internet berkelajuan tinggi



  Model Inspira edisi istimewa yang telah diubahsuai dengan kelengkapan internet berkelajuan tinggi Yes 4G daripada pembekal perkhimatan internet YTL Communications.


Selepas ini model terbaru Proton bakal dilengkapkan dengan sistem internet berkelajuan tinggi daripada Yes 4G, di mana model pertama ialah Proton P3-21A yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Walaupun nampak futuristik dan agak luar biasa, Proton Inspira edisi Yes 4G itu hanya merupakan kereta pertunjukan (show car) sahaja yang telah dilengkapkan dengan 3 unit peranti mudah alih terkenal iPad 2 dari Apple dan mobile router tanpa wayar Yes Huddle 4G.
Bahagian luaran Inspira itu telah menerima pengubahsuaian ekstensif yang menonjolkan warna cat istimewa dan rim sport 18 inci edisi terhad. Proton tidak menawarkan satu-satunya model Inspira edisi Yes 4G itu untuk dijual, namun jika anda bernasib baik, ianya mungkin menjadi milik anda secara percuma.
Untuk memenanginya, anda boleh menyertai pertandingan ‘Win Malaysia’s First 4G Internet Car’ yang bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga 27 Mac 2012. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari 

Jom kita tengok gambar di bawah:








BACA LAGI - Proton Inspira edisi Yes 4G model pertama Proton dilengkapi internet berkelajuan tinggi

Selasa, 21 Februari 2012

Latif Ibrahim Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

 
                                                                                                                         PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.
Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).

Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010. -mstar

BACA LAGI - Latif Ibrahim Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Khamis, 2 Februari 2012

10 Masjid Tercantik Di Dunia


01. Masjid Al Haram di Mekah, Saudi Arabia.

02. Masjid Al Nabawi di Medina, Saudi Arabia.

03. Masjid Al Aqsa di Jerusalem, Israel/Palestine.

04. Masjid Zahir di Kedah, Malaysia.

05. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Bandar Seri Begawan, Brunei.

06. Masjid Taj'ul, Bhopal, India.

07. Masjid Baiturrahman, Banda Acheh, Indonesia.

08. Masjid Sultan, Singapura.

09. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan.

10. Masjid Baitul Mukarram di Dhaka City, Bangladesh.

Subhanaallah.........
BACA LAGI - 10 Masjid Tercantik Di Dunia