Jumaat, 29 Jun 2012

Itali tunjuk taring



WARSAW (Poland): Dua jaringan gol oleh Mario Balotelli cukup untuk memastikan kemenangan Itali pada perlawanan separuh akhir Euro 2012 menentang Jerman di National Stadium, awal pagi tadi.
Jerman mendapat beberapa peluang keemasan pada awal perlawanan tetapi Azzurri yang mendahului selepas 20 minit.
Balotelli menunjukkan taring apabila berjaya mengalahkan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer dengan tandukan yang cantik.

Jerman cuba membalas tetapi percubaan Mesut Ozil dan Mario Gomez tidak berjaya dan Itali menjaringkan gol kedua mereka 16 minit kemudian.

Sengatan Balotelli dirasai sekali lagi apabila hantaran cantik oleh Riccardo Montolivo melepasi benteng pertahanan Jerman dan memberi peluang kedua menjaringkan gol pada minit ke-36.

Sementara itu, sepakan penalti yang diberi apabila bola terkena tangan Fedrico Balzaretti dan disempurnakan Ozil hanya memberikan gol sagu hati buat Jerman.

Kemenangan Itali di National Stadium di Warsaw juga bermakna Itali masih dapat mengekalkan rekod tanpa kalah kepada Jerman pada perlawanan Piala Dunia dan Kejohanan Eropah.

Itali kini mendapat peluang menafikan juara dunia dan Eropah, Sepanyol, kejohanan utama ketiga mereka pada perlawanan akhir, awal pagi Isnin nanti. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan