Jumaat, 21 Oktober 2011

Rejim Gaddafi Akhirnya Tumbang

Selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah tentera kerajaan sementara dengan dibantu tentera udara pertubuhan perjanjian atlantik utara (NATO) berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli.Menurut AFP, anak lelaki bongsu Gaddafi, Seif al-Islam ditangkap oleh pemberontak, manakala anak lelaki sulungnya, Mohammed Al-Gaddafi yang diwawancara oleh televisyen Al-Jazeera di kediamannya dilaporkan menyerah diri, tetapi nasib anak-anaknya yang lain masih tidak diketahui.Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi. Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.Turut terbunuh dalam serangan itu Mutassim anak ke-lima Gaddafi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan