Jumaat, 17 Jun 2011

Solat - Solat Sunat Hikmah dan Cara

Solat atau dalam istilah orang melayu ,sembahyang,adalah amalan yang disyariatkan kepada umat islam.Solat ada yang wajib dan ada yang sunat.Kenapa manusia mesti bersolat?Kenapa ada solat sunat?Soalan seperti ini sering ditanyakan oleh manusia,sama ada orang bukan islam atau yang beragama islam.

Jawapan kepada soalan itu mempunyai kaitan rapat dengan prisip asas aqidah atau kepercayaan orang islam.Antara prisip yang penting ialah manusia mesti tahu asal usulnya dan tujuan wujudnya.

Manusia dan alam serta isinya adalah ciptaan Allah.Allah yang Esa,itulah yang berjasa menjadikan,menghidupkan dan mematikan manusia.Allah jugalah yang bermurah memberikan segala rezeki dam nikmat kepada manusia.Disebabkan begitu gagahnya Allah,manusia seratus peratus bergantung kepada-Nya,maka hanya Allah sahaja yang disembah dan hanya Allah sahaja tempat manusia meminta tolong.Manusia bukan sahaja hidup didunia ini,tetapi akan hidup di satu alam yang lain selepas mati,iaitu syurga atau neraka.Perjalanan manusia yang begitu jauh dan susah memerlukan bimbingan dan petunjuk yang tidak putus - putus.Sebagai makluk Allah,seharusnya mempunyai tanggungjawab mengabdikan kepada Allah.Firman Allah: "Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdi kepada Ku ". ( Surah al-Zariat : ayat 56 )

Oleh yang demikian,manusia harus tahu dan menggunakan cara yang tepat dan betul untuk mengabdi kepada Allah dan meminta bantuan-Nya.maka dalam hal ini solat,yang bersih dari syirik,menjadi jalan atau cara untuk mengabdi,berkomunikasi,mengadap, dan menyerahkan permintaaan dan aduan kepada Allah-pencipta yang sebenar.( Dipetik dari Haji Mohd Jajudi Abd Rahman )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan