Isnin, 20 Jun 2011

Hakikat Solat

Solat adalah ibadat yang terdiri daripada perbuatan,diam dan ucapan.Terdapat empat pergerakan,iaitu berdiri,rukuk,sujud dan duduk.Pada setiap pergerakan itu mesti ada diam yang dipanggil tokmakninah.Dalam setiap perbuatan itu disertai dengan ucapan,iaitu bacaan Quran,takbir,tasbih,tahmid.tahlil,zikir dan doa.

Semua pergerakan dan bacaan ini disusun begitu kemas, dan diambil secara total daripada Quran dan hadis Nabi Muhammad saw.Quran menunjukkan kepelbagaian solat dan cara melakukannya.

Seorang Islam tidak boleh mencipta solatnya sendiri.Sabda Nabi "Solatlah kamu seperti aku solat".Dan solat Nabi diajar sendiri oleh Malaikat Jibrail,seperti diterangkan dalam sebuah hadis Bukhari dan Muslim)

Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat.Solat fardhu ada lima iaitu Subuh,Zuhur,Asar,Maghrib dan Isya.Solat yang lain adalah sunat.hal ini terkandung dalam hadis yang diberitahukan oleh Talhah bin Ubaidillah.Dia berkata seorang Arab datang berjumpa Nabi dan bertanya:"beritahu saya wahai Rasulullah,apakah solat yang wajib saya lakukan?:Jawab Nabi,"Solat lima waktu sehari semalam."Adakah  sembahyang yang lain?""Tidak ada yang lain kecuali solat sunat."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah mewajibkan umat Islam mendirikan solat lima waktu,yang memberi erti Allah mahu bertemu dengan manusia sebanyak lima kali dalam sehari.Atas arahan ini manusia wajib melaksanakan kehendak Allah itu.Quran meyebutkan:"Hendaklah kamu tunaikan solat untuk ingat kapada Ku." (Surah Taha: 13)
(Dipetik dari Haji mohd Jajuji Abd Rahman)

1 ulasan: