Selasa, 29 Mei 2012

WWW 1 milik Sultan Johor



KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sah menjadi pemilik bagi nombor pendaftaran baharu kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida pada harga RM520,000.
Keputusan itu diketahui melalui pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam dan boleh dilayari di laman portal agensi tersebut.
Keputusan tersebut turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ Wilayah Persekutuan-Kuala Lumpur masing-masing di Wangsa Maju, Maju Junction dan Bandar Sri Permaisuri.
Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1 (RM202,000).
Selain WWW 1, turut mencatat rekod menerima bidaan tertinggi ialah WWW 3.
Nombor tersebut dibida pada harga RM360,000 oleh syarikat One Power International Sdn. Bhd.
Nombor pendaftaran siri WWW lain yang mencatat nilai bidaan ketiga tertinggi ialah WWW 9 yang dimiliki oleh Aspen Sunrise Sdn. Bhd..
Harga WWW 9 ialah RM350,000.kosmo
BACA LAGI - WWW 1 milik Sultan Johor

Khamis, 17 Mei 2012

Budak lelaki berkaki raksasa

DOKTOR di kawasan pedalaman di Peta, Uganda, merayu supaya ada pakar perubatan dari negara luar mampu mengatasi masalah  Oketch.

KAMPALA: Seorang budak Uganda kini bertarung dengan maut selepas kakinya membengkak secara misteri sehingga terlampau besar.

Baru berusia 10 tahun, Vincent Oketch kini hanya mampu duduk atau berbaring di katil kerana saiz kakinya menghalang dia berjalan.

Keadaan itu juga memaksa Oketch mengenakan pakaian budak perempuan atau skirt bagi menyesuaikan saiz kakinya. Doktor di Peta merayu kepada pakar perubatan antarabangsa supaya membantu mengubati Oketch kerana mereka yakin, jika lambat dirawat, budak itu mungkin meninggal dunia.

Masalah Oketch mula dikesan keluarganya ketika dia berusia 18 bulan, tetapi kemiskinan memaksa mereka membiarkan keadaan itu begitu saja.
Apabila Oketch semakin membesar, kakinya juga bertambah besar.

Doktor pula bingung mencari punca masalah Oketch.
Sesetengah doktor percaya Oketch dilahirkan dengan masalah limfatik, menyebabkan kaki budak itu membengkak melampau.

Namun, keputusan pemeriksaan yang saling bercanggah serta masalah kemudahan perubatan yang terhad menyebabkan doktor tidak banyak pilihan untuk menyelesaikan masalah itu.

Imbasan awal menunjukkan Oketch mungkin mengalami masalah sistem limfatik, untut dan keganjilan tisu.

Pemeriksaan juga mendapati keadaan itu turut menjejaskan tulang Oketch sehingga menyebabkan tulang pinggulnya beralih, manakala buku lalinya terseliuh.

Namun, pemeriksaan lanjut menunjukkan Oketch mungkin mengalami jangkitan kuman pemakan daging yang sangat berbahaya,doktor mungkin memotong kaki Oketch di paras paha.

Seorang doktor Britain yang kini melawat Uganda berharap dalam bertemu Oketch minggu depan bagi melihat sendiri keadaan penyakit budak itu.metro

BACA LAGI - Budak lelaki berkaki raksasa

Rabu, 16 Mei 2012

Amazing Colorful Knitted Street































BACA LAGI - Amazing Colorful Knitted Street

Creative Sungguh....

Kalau nak bajet buat macam nie....









BACA LAGI - Creative Sungguh....

Filem The Avengers kutip lebih RM3 bilion



LOS ANGELES - Filem The Avengers memperoleh kutipan pecah panggung lebih AS$1 bilion (RM3.08 bilion) di seluruh dunia, kata beberapa pegawai kelmarin.
Menurut laman industri IMDb, filem tersebut memperoleh kutipan sebanyak AS$$1,002,082 (RM3,083,406).
Menurut agensi Exhibitor Relations yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, filem tersebut mengutip sebanyak AS$207 juta (RM638.3 juta) pada tayangan pembukaan dua minggu lalu menambah kutipan sebanyak AS$103.1 juta (RM317.8 juta) pada hujung minggu lepas di Amerika Utara.
Filem arahan Joss Whedon dengan kerjasama pengeluar komik terkenal, Marvel itu diadaptasi daripada komik bersiri paling popular, The Avengers.
Ia mengisahkan watak Iron Man, The Incredible Hulk, Thor, Captain America, Hawkeye dan Black Widow mengalahkan kuasa jahat yang diketuai oleh Loki. - AFP
BACA LAGI - Filem The Avengers kutip lebih RM3 bilion

Nombor 'WWW' terima 18,243 bidaan

PUTRAJAYA - Populariti nombor pendaftaran kenderaan siri 'WWW' terserlah apabila ia mencatat rekod baharu apabila menerima 18,243 bidaan sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari kelmarin.
Jumlah itu meningkat hampir empat kali ganda berbanding rekod 4,750 bidaan tertinggi sebelum ini untuk nombor pendaftaran kenderaan siri 'WVW'.
Kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) difahamkan masih bertungkus-lumus memproses serta menganalisis kesemua bidaan yang diterima berdasarkan empat kategori iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengakui jumlah bidaan itu di luar jangkaan serta mengejutkan mereka.
BACA LAGI - Nombor 'WWW' terima 18,243 bidaan

Selasa, 8 Mei 2012

Zulfahmi yakin naiki podium




MESKIPUN dihimpit rasa kecewa gagal menaiki podium sekali gus melakar sejarah untuk negara, pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat di Litar Estoril kelmarin yakin impian menjejakkan kaki di pentas podium bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Zulfahmi mempamerkan tunggangan meyakinkan kelmarin apabila melepasi garisan penamat di kedudukan keempat selepas bermula di petak kelima, namun paling mencuri tumpuan ialah aksi beraninya bersaing dengan pelumba handalan dunia sepanjang perlumbaan itu.

Pada satu ketika, anak muda kelahiran Banting, Selangor itu berjaya menduduki tempat ketiga, namun ketika pusingan terakhir, dia melakukan sedikit kesilapan dan terpaksa menyerahkan posisi itu kepada pelumba Sepanyol, Luis Salom.
“Sudah tentulah kesilapan itu mengecewakan saya tetapi tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Saya hanya akan terus mencuba yang terbaik selepas ini.

“Apapun, saya sangat gembira kerana menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat. Walaupun gagal menaiki podium, ia adalah satu pengamalan yang amat berharga kepada saya kerana dapat bersaing dengan pelumba di barisan hadapan.

“Saya yakin akan dapat menaiki podium satu hari nanti. Terima kasih kepada semua penaja dan pasukan yang bekerja keras untuk menghasilkan jentera yang baik untuk saya,” katanya.
Ia adalah penamat terbaik sepanjang karier Zulfahmi dalam kancah MotoGP selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam di Grand Prix Qatar, awal bulan lalu.

Dengan kejayaan terbaru itu, Zulfahmi yang mewakili pasukan AirAsia-SIC-Ajo kini menduduki tempat kelima kedudukan pelumba keseluruhan dengan mengumpul 29 mata. ~ myMetro
BACA LAGI - Zulfahmi yakin naiki podium