Sabtu, 20 Ogos 2011

Bulan Ramadhan Dan Solat Sunat Tarawih

  Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat. Padanya terdapat malam lailatulqadar iaitu satu malam yang lebih mulia dari seribu bulan. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman Allah S.W.T: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar.Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr: 1-5.
  
  Pada bulan Ramadan ini jugalah Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Ganjaran pahala kurniaan-Nya untuk hamba-Nya yang beribadah pada bulan Ramadan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang lain. Inilah bulan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1898.
Selanjutnya baginda bersabda: “Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1899.

  Solat sunat tarawih iaitu solat pada malam bulan Ramadhan.Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah,ertinya berhanti rehat.Solat sunat ini dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat,maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah.Kalau ada 20 rakaat,maka akan ada lima tarwihah.

  Solat sunat tarawih dilakukan pada malam Ramadhan secara berjamaah.Solat ini digalakkan sebagai cara menghidupkan malam bulan Ramadhan.Nabi menggalakkan orang qiyam Ramadhan,tanpa menjadikan wajib.Baginda bersabda: "Sesiapa yang qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat akan diampunkan dosanya yang lalu".(Riwayat Jamaah)".Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan seseorang pada masa lalunya.Sebagai hamba Allah yang ingin mengabdi dan berbakti,kita mempunyai keupayaan sendiri.Sebabnya,solat sunat tarawih ini ibadat tambahan,dan satu cara untuk menunjukkan kataatan kepada Allah,maka Nabi menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan.

Lafaz niat:




Niat dihati: : "Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala".








Tiada ulasan:

Catat Ulasan