Isnin, 7 Mei 2012

Wanita Islam terima pampasan

KANSAS CITY 6 Mei - Mahkamah Daerah Jackson, di sini, Khamis lalu mengarahkan sebuah syarikat membayar ganti rugi berjumlah AS$5 juta (RM15 juta) kepada seorang pekerja wanita beragama Islam yang mendakwa syarikat tersebut melakukan diskriminasi terhadapnya.

Ganti rugi tersebut termasuk sebanyak AS$120,000 (RM360,000) bagi kehilangan sumber pendapatan dan kerosakan-kerosakan lain.

Susann Bashir, yang memeluk Islam pada 2005 mendakwa, syarikat telekomunikasi AT&T memalukannya dengan memaksa dia menanggalkan tudung kepala dan mendedahkan rambutnya.

Akhbar The Kansas City, semalam melaporkan, ia merupakan keputusan terbesar dalam sejarah di Missouri membabitkan kes diskriminasi di tempat kerja.

Susann dalam dokumen mahkamah mendakwa, persekitaran tempat kerjanya berubah seakan-akan memusuhinya setelah dia memeluk Islam, dengan rakan sekerjanya sering mempersendakan tindakannya serta agama yang dianutinya.

"Saya terperanjat apabila mereka mempersendakan tudung kepala yang saya pakai. Sebelum ini tiada sesiapa yang pertikai agama yang saya anuti, tiada siapa yang mempersoalkan pakaian saya?" katanya kepada akhbar tersebut.
Susann bekerja di syarikat tersebut selama 10 tahun sebagai pembina rangkaian fiber optik sebelum dipecat daripada jawatannya dengan menerima pendapatan sebanyak AS$70,000 (AS$210,000) setahun.

Dia juga mendakwa berdepan diskriminasi agama hampir setiap hari selama tiga tahun terakhir bekerja di situ, dengan ada pekerja yang menggelarnya sebagai pengganas.

Sementara itu, jurucakap syarikat AT&T kelmarin berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan bercadang untuk mengemukakan rayuan. - AGENSI
BACA LAGI - Wanita Islam terima pampasan

Gambar Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai

Majlis perkahwinan antara Fasha Sanda dan Jejai telah selamat dilaksanakan. Jom kita layan gambar-gambar perkahwinan Fasha Sandha















BACA LAGI - Gambar Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai

Gambar fenomena bulan besar


Bulan penuh terbentuk di Taman Papago,Pheonix,Amerika Syarikat kelmarin.

NEW YORK - Imej bulan penuh yang paling besar dan cerah pada tahun ini dapat dilihat kelmarin selepas ia berada dekat dengan Bumi.
Pakar-pakar berkata, bulan itu kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding pada hari biasa.
Jarak bulan dengan Bumi ketika itu ialah 357,000 kilometer.
Beberapa jurugambar agensi berita antarabangsa berjaya merakamkan gambar bulan itu di beberapa buah bandar raya utama.
Seorang penulis buku 50 Great Myths of Popular Psychology, Scott Lilienfeld dari Universiti Emory di Atlanta, Amerika Syarikat menyatakan terdapat kepercayaan tinggi bahawa kelakuan ganjil akan berlaku ketika bulan penuh. - Agensi
BACA LAGI - Gambar fenomena bulan besar

Khamis, 3 Mei 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia


Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi. 

"Semua yang hidup akan kembali kepada PenciptaNya.Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal solah.Al-Fatihah.
BACA LAGI - Bob Kuman Meninggal Dunia

Lembah Klang banjir lagi.



KUALA LUMPUR – Hujan lebat lebih dua jam yang melanda Lembah Klang semalam, menyebabkan tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat.
Hujan lebat sejak pukul 1 petang itu telah menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara iaitu di Jalan Tun Razak, Jalan Yaakob Latif, Jalan Sungai Besi, Salak Selatan dan Bangunan Perkim di Jalan Ipoh mengalami banjir kilat.
Kawasan paling teruk dilanda banjir kilat ialah di Salak Selatan iaitu kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan apabila ditenggelami air sedalam kira-kira 1.5 meter pada pukul 2 petang.
BACA LAGI - Lembah Klang banjir lagi.

Nayati Moodliar Ditemui Selamat



KUALA LUMPUR — Kanak-kanak warga Belanda yang dilapor hilang minggu lepas dipercayai diculik, Nayati Shamelin Moodliar, ditemui dalam keadaan selamat di Rawang hari ini.
Nayati, 12, yang dilapor dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont” Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat lepas, kini berada di pangkuan ibu bapanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Nayati ditemui selamat di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (Plus), di sini pada pukul 7.55 pagi.
Beliau berkata, Nayati ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis.
"Kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat bersama keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan terhadap kes itu.
Polis Kuala Lumpur akan mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu pada pukul 3 petang ini. - BERNAMA

BACA LAGI - Nayati Moodliar Ditemui Selamat

Rabu, 2 Mei 2012

Tilam termahal RM90,500 seunit



PETALING JAYA – Tilam Posturepedic Palatial Crest berjenama Sealy yang ditawarkan pada harga RM90,500 seunit yang diperkenalkan oleh Harvey Norman telah mencatat sejarah sebagai tilam termahal di negara ini.
Pengurus Jualan dan Pemasaran Sealy Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., Derek Yeoh berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 10 unit tilam mewah itu sepanjang Pesta Tilam Berjenama Antarabangsa Malaysia ke-8 yang diadakan di pusat beli-belah Ikano, Power Centre, Mutiara Damansara di sini yang berlangsung sehingga 6 Mei ini.
“Kami yakin untuk mencapai sasaran tersebut berdasarkan pencapaian dan reputasi Harvey Norman selaku syarikat kelengkapan perhiasan rumah antarabangsa yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pesta berkenaan di sini semalam.
Pesta tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.
Kosmo.
BACA LAGI - Tilam termahal RM90,500 seunit