Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Jun 2012

Patung Upin & Ipin di KFC



KFC kini menawarkan sesuatu yang sukar ditolak oleh mana-mana kanak-kanak yang berkunjung ke restoran makanan segera itu bersama ibu bapa mereka. Ini kerana sejak Mei hingga Jun tahun ini, KFC melancarkan Patung Permainan Upin & Ipin Edisi Terhad hasil kerjasama sulung dengan syarikat yang memiliki jenama animasi terkenal, Les’ Copaque.
Menggunakan cogan kata Betul-Betul-Betul Best, patung permainan istimewa itu menjadi koleksi yang harus dimiliki oleh semua penggemar animasi Upin & Ipin.
Sebanyak empat model patung permainan Upin & Ipin ditawarkan secara bergilir-gilir pada setiap minggu. Ia boleh didapati pada harga serendah RM9.70 bagi pelanggan yang bukan ahli Kelab Chicky, manakala RM9.20 untuk ahli dengan setiap pembelian hidangan KFC Upin & Ipin.
Bagaimanapun, dengan sebarang pembelian mana-mana produk ayam, pelanggan juga berpeluang untuk membeli koleksi model patung permainan tersebut pada harga RM5.50 bagi ahli Kelab Chicky dan RM6.50 kepada pelanggan bukan ahli.kosmo
BACA LAGI - Patung Upin & Ipin di KFC

Komputer tablet Google dijual RM636


SAN FRANCISCO - Syarikat Google kelmarin mengumumkan komputer tablet terbaharunya yang mengandungi perisian Android, Nexus 7 akan dijual pada harga serendah AS$199 (RM636) di Amerika Syarikat (AS).
Komputer itu turut mempunyai perkhidmatan kedai internet Google yang menjual pelbagai genre filem, muzik dan lagu. Bagi menarik minat pelanggan, komputer tersebut akan dijual separuh daripada harga iPad. Ketua Unit Android, Hugo Barra berkata, berat komputer itu sama dengan sebuah buku berkulit keras. Menurutnya, komputer tablet Nexus boleh dipesan di rangkaian kedai Google Play di Kanada, Britain dan AS. Komputer tersebut akan dijual pada bulan depan. - Agensi


BACA LAGI - Komputer tablet Google dijual RM636

Selasa, 29 Mei 2012

Yang di-Pertuan Agong berjaya bida WWW 5



KUALA LUMPUR - Nombor pendaftaran siri WWW yang mencatat rekod bidaan tertinggi di negara ini turut menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Seri Paduka yang berminat dengan nombor WWW 5 berjaya membidanya pada harga RM220,000.kosmo
BACA LAGI - Yang di-Pertuan Agong berjaya bida WWW 5

WWW 1 milik Sultan Johor



KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sah menjadi pemilik bagi nombor pendaftaran baharu kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida pada harga RM520,000.
Keputusan itu diketahui melalui pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam dan boleh dilayari di laman portal agensi tersebut.
Keputusan tersebut turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ Wilayah Persekutuan-Kuala Lumpur masing-masing di Wangsa Maju, Maju Junction dan Bandar Sri Permaisuri.
Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1 (RM202,000).
Selain WWW 1, turut mencatat rekod menerima bidaan tertinggi ialah WWW 3.
Nombor tersebut dibida pada harga RM360,000 oleh syarikat One Power International Sdn. Bhd.
Nombor pendaftaran siri WWW lain yang mencatat nilai bidaan ketiga tertinggi ialah WWW 9 yang dimiliki oleh Aspen Sunrise Sdn. Bhd..
Harga WWW 9 ialah RM350,000.kosmo
BACA LAGI - WWW 1 milik Sultan Johor

Rabu, 16 Mei 2012

Nombor 'WWW' terima 18,243 bidaan

PUTRAJAYA - Populariti nombor pendaftaran kenderaan siri 'WWW' terserlah apabila ia mencatat rekod baharu apabila menerima 18,243 bidaan sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari kelmarin.
Jumlah itu meningkat hampir empat kali ganda berbanding rekod 4,750 bidaan tertinggi sebelum ini untuk nombor pendaftaran kenderaan siri 'WVW'.
Kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) difahamkan masih bertungkus-lumus memproses serta menganalisis kesemua bidaan yang diterima berdasarkan empat kategori iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengakui jumlah bidaan itu di luar jangkaan serta mengejutkan mereka.
BACA LAGI - Nombor 'WWW' terima 18,243 bidaan

Khamis, 3 Mei 2012

Lembah Klang banjir lagi.



KUALA LUMPUR – Hujan lebat lebih dua jam yang melanda Lembah Klang semalam, menyebabkan tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat.
Hujan lebat sejak pukul 1 petang itu telah menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara iaitu di Jalan Tun Razak, Jalan Yaakob Latif, Jalan Sungai Besi, Salak Selatan dan Bangunan Perkim di Jalan Ipoh mengalami banjir kilat.
Kawasan paling teruk dilanda banjir kilat ialah di Salak Selatan iaitu kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan apabila ditenggelami air sedalam kira-kira 1.5 meter pada pukul 2 petang.
BACA LAGI - Lembah Klang banjir lagi.

Nayati Moodliar Ditemui Selamat



KUALA LUMPUR — Kanak-kanak warga Belanda yang dilapor hilang minggu lepas dipercayai diculik, Nayati Shamelin Moodliar, ditemui dalam keadaan selamat di Rawang hari ini.
Nayati, 12, yang dilapor dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont” Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat lepas, kini berada di pangkuan ibu bapanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Nayati ditemui selamat di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (Plus), di sini pada pukul 7.55 pagi.
Beliau berkata, Nayati ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis.
"Kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat bersama keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan terhadap kes itu.
Polis Kuala Lumpur akan mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu pada pukul 3 petang ini. - BERNAMA

BACA LAGI - Nayati Moodliar Ditemui Selamat

Rabu, 2 Mei 2012

Tilam termahal RM90,500 seunit



PETALING JAYA – Tilam Posturepedic Palatial Crest berjenama Sealy yang ditawarkan pada harga RM90,500 seunit yang diperkenalkan oleh Harvey Norman telah mencatat sejarah sebagai tilam termahal di negara ini.
Pengurus Jualan dan Pemasaran Sealy Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., Derek Yeoh berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 10 unit tilam mewah itu sepanjang Pesta Tilam Berjenama Antarabangsa Malaysia ke-8 yang diadakan di pusat beli-belah Ikano, Power Centre, Mutiara Damansara di sini yang berlangsung sehingga 6 Mei ini.
“Kami yakin untuk mencapai sasaran tersebut berdasarkan pencapaian dan reputasi Harvey Norman selaku syarikat kelengkapan perhiasan rumah antarabangsa yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pesta berkenaan di sini semalam.
Pesta tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.
Kosmo.
BACA LAGI - Tilam termahal RM90,500 seunit

Jumaat, 27 April 2012

Zahida hantar surat saman kepada Zuraida



KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi, Zahida Mohamed Rafik yang dituduh menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Zahida bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai tindakan samannya itu sebaliknya menyatakan dia akan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk menguruskan perkara tersebut.
Zuraida sebelum ini didakwa pernah mendedahkan kepada pihak media di lobi Parlimen dengan mendakwa bekas pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis bertarikh 13 Mac 2012 mengatakan Zahida telah menerima wang berjumlah RM1.5 juta daripada Shafie Apdal.kosmo
BACA LAGI - Zahida hantar surat saman kepada Zuraida

Selasa, 24 April 2012

Gadis hilang dijumpai rentung di ladang sawit

KOTA BHARU — Seorang gadis yang dilapor hilang dari rumahnya sejak 20 hari lepas, dijumpai mati dalam keadaan rentung di ladang kelapa sawit di Kampung Baru, Rancangan Kemajuan Tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Jeram Tekoh, dekat sini, semalam.
Mayat Nor Aini Shafnie Mohd Azizi, 15, dijumpai di tepi motosikal yang dinaikinya oleh seorang pemandu lori kelapa sawit yang dikenali sebagai Yusuf Mohd, yang kebetulan lalu di kawasan itu, kira-kira pukul 6 petang.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mangsa anak bongsu dari 10 beradik dilihat kali terakhir keluar rumah seorang diri dengan menunggang motosikal jenis Kriss pada 3 April lepas.
Beliau berkata, selepas mangsa tidak pulang ke rumah hari itu, kakaknya, Norhayati Mohd Azizi, membuat laporan di Balai Polis Gua Musang pada pukul 4 pagi keesokan harinya.
Jalaluddin berkata, berikutan kejadian itu, polis menahan enam lelaki dan dua wanita berumur antara 17 hingga 30 tahun yang boleh membantu polis dalam siasatan kes itu.
Enam daripada mereka, termasuk seorang wanita positif dadah dan mereka adalah penduduk sekitar kawasan itu, katanya. — BERNAMA
BACA LAGI - Gadis hilang dijumpai rentung di ladang sawit

Keputusan DNA Sri Wani ditangguh

KUALA LUMPUR - Bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mengesyaki isteri ketiganya seorang lelaki terpaksa menunggu sehingga 19 Jun depan untuk mendapatkan keputusan berhubung perintah menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan jantina Sri Wani Choo Abdullah.
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Nurul Wazeera Ahmad Dahlan menetapkan tarikh tersebut di kamarnya semalam di hadapan Sri Wani, 37, dan peguam yang baru dilantik, Boestamam Ahmad.
Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan yang mendengar kes itu sepatutnya membuat keputusan terhadap permohonan Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, namun prosiding ditangguhkan kerana dia mempunyai urusan rasmi di Labuan, Sabah.
Namun peguam syarie, Muhammad Hafiz Ab. Rashid yang mewakili pemohon dalam kes permohonan faraq ini tidak hadir begitu juga anak guamnya selepas dimaklumkan terlebih dahulu akan penangguhan tersebut.
Sri Wani yang ditemui media selepas penetapan tarikh tersebut berkata, dia hanya menyerahkan segala-galanya kepada peguam yang dilantik.
Pengusaha butik kecantikan itu mengahwini Bahrom, mantan Dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi USIM di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009.Kosmo
BACA LAGI - Keputusan DNA Sri Wani ditangguh

Shafie Apdal nafi bayar wang kepada Zahida



KUALA LUMPUR - Setelah menjadi sasaran di blog-blog hiburan tanah air, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal semalam tampil untuk menafikan dakwaan bahawa beliau telah membayar sejumlah wang yang banyak kepada seorang selebriti, Zahida Mohamed Rafik.
Shafie dalam satu kenyataan tiga perenggan semalam menegaskan, laporan polis mengenai perkara itu yang dibuat oleh Noor Azman Azemi yang mendakwa dirinya bekerja sebagai pemandu dengan menteri itu bertarikh 13 Mac 2012 adalah tidak benar.
Menurut beliau, semua yang tertera dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
"Kenyataan-kenyataan iringan oleh individu lain yang menyebarkan salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata Shafie.
BACA LAGI - Shafie Apdal nafi bayar wang kepada Zahida

Isnin, 23 April 2012

Tempahan Proton Prevé kini lebih 2,800 unit



Proton Holdings Bhd. (Proton) telah menerima lebih daripada 2,800 tempahan untuk kereta global pertama yang baru dilancarkan, Proton Prevé.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, syarikat juga akan mula memasarkan kereta tersebut di Indonesia dan Thailand menjelang pertengahan tahun ini.
"Proton Prevé telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
"Ramai yang berpuas hati terhadap reka bentuknya dan ini memberikan kami keyakinan bahawa Proton Prevé dapat menembusi pasaran domestik dan ia juga bakal berada dalam pasaran luar negara menjelang pertengahan tahun ini," katanya.
BACA LAGI - Tempahan Proton Prevé kini lebih 2,800 unit

Maut akibat bisikan misteri


Anak panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.
Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.
Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.
Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.
"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.Kosmo
BACA LAGI - Maut akibat bisikan misteri

Tiada rayuan BR1M selepas 30 April

IPOH – Orang ramai yang ingin mengemukakan rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi tempoh seminggu untuk berbuat demikian sebelum ia ditutup sepenuhnya pada 30 April ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, tempoh tersebut dianggap memadai untuk memberi peluang kepada pemohon membuat rayuan bagi mendapatkan wang bantuan RM500 tersebut.
Katanya, kerajaan sudah memberi masa yang bersesuaian bagi memastikan pemohon mengemukakan rayuan dan mengelak keciciran mereka yang layak mendapatkan bantuan berkenaan.


BACA LAGI - Tiada rayuan BR1M selepas 30 April

Batang pokok betik berwajah manusia


MD. JUDYAR menunjukkan batang pokok betiknya yang berwajah manusia sedang marah di Pontian, Johor semalam.


PONTIAN - Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.
Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.


BACA LAGI - Batang pokok betik berwajah manusia

Sabtu, 21 April 2012

Hakim menangis jatuh hukuman




KUCHING: Suasana di Mahkamah Tinggi di sini, semalam yang mulanya tenang tiba-tiba bertukar sedih apabila Hakim Yew Jeng Kie turut mengalirkan air mata sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang remaja yang mengaku bersalah membunuh dan menanam mayat rakannya di belakang sebuah rumah, tahun lalu.
Ia bermula ketika Yew dalam penghakimannya membacakan latar belakang tertuduh, Abang Ibrahim Abang Ahmad, 20, yang didakwa membunuh Taufik Abdul Rahim dalam kejadian Januari tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan hadirin terdiam seketika sebelum Yew membacakan penghakimannya selepas tertuduh sebelum ini membuat pengakuan bersalah.
Mengikut fakta kes, Abang Ibrahim yang menghadapi tuduhan pilihan didakwa membunuh Taufik di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sadong Jaya, Kota Samarahan antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang, 15 Januari 2011.

Sebelum kejadian, tertuduh pada jam 12.30 tengah hari, hari sama dikatakan bertemu mangsa di sebuah kedai di Kampung Sadong Jaya bagi berbincang mengenai kes kecurian motosikal.

Perbincangan itu berlangsung kira-kira sejam apabila mangsa menuduh tertuduh terbabit dengan kegiatan mencuri motosikal. Bagaimanapun, setengah jam kemudian, mangsa didakwa mengeluarkan kata-kata kesat hingga mengundang kemarahan tertuduh.
Kemarahan itu menyebabkan tertuduh mengambil kayu lalu menghayun dan terkena bahagian belakang kepala menyebabkan mangsa terjatuh.

Tertuduh menghayun kali kedua dan hayunan itu menyebabkan mangsa terus tidak bergerak. Keadaan itu menyebabkan tertuduh panik sebelum mencampakkan kayu digunakan dalam kejadian itu ke kawasan hutan nipah berhampiran.
Tertuduh mengambil cangkul untuk menggali lubang di belakang rumahnya bagi menanam mayat mangsa yang sudah meninggal dunia.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Musli Abdul Hamid manakala tertuduh diwakili Abdul Rahman Mohd Hazmi.




Pssssss: Hakim pun manusia biasa.....
BACA LAGI - Hakim menangis jatuh hukuman

Jumaat, 20 April 2012



MELAKA 19 April 2011 - Ulama terkenal dari Hadralmaut Yemen, Habib Umar Hafidz (berbaju hitam) bersalaman dengan puluhan ribu orang ramai yang menghadiri ceramahnya di Masjid Al Azim Melaka di sini hari ini sempena Program Ihya Mahabbah Rasullah bertujuan memupuk kesedaran dan kecintaan ke Nabi Muhammad S.A.W. 
















info: Utusan 
BACA LAGI -

Rabu, 18 April 2012

Tempoh rayuan BR1M dilanjut

KUALA LUMPUR – Seramai 50,172 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang gagal dalam rayuan mereka setelah tempoh rayuan ditutup pada 15 April lalu, kini boleh menarik nafas lega.
Ia berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan lagi tempoh rayuan skim berkenaan sehingga 30 April ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 331,615 pemohon telah membuat rayuan sehingga 15 April lepas.
Daripada jumlah itu, sebanyak 281,443 kes rayuan telah diluluskan manakala baki seramai 50,172 orang gagal dalam rayuan mereka.

BACA LAGI - Tempoh rayuan BR1M dilanjut

SMS jual perempuan

KUALA LUMPUR – Dalang di sebalik sindiket pelacuran kini lebih kreatif apabila mereka didapati menggunakan taktik menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mencari pelanggan baharu terutamanya dalam kalangan orang Cina.
SMS berbahasa Mandarin itu yang dihantar secara rawak turut mengandungi maklumat lengkap senarai gadis yang dibekalkan selain harga dan lokasi urus niaga seks terbabit.
Menurut butiran SMS berkenaan, pelacur yang ditawarkan terdiri dalam kalangan pelajar tempatan. Ia mendakwa sebahagian mereka baru berusia 15 tahun dan boleh dilanggan dengan harga RM298 termasuk sewa bilik.
Seorang wartawan yang menyamar sebagai pelanggan berjaya menghubungi nombor telefon yang tertera dalam SMS berkenaan.Kosmo
BACA LAGI - SMS jual perempuan