Sabtu, 14 April 2012

Sri Wani mula rasa terancam



KUALA LUMPUR – Kemelut yang dialami isteri ketiga bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Sri Wani Choo Abdullah berhubung dakwaan mengatakan dia sebenarnya seorang lelaki membuatkan pengusaha butik kecantikan itu berasa dirinya terancam dan dalam bahaya.
Menurut Sri Wani, dakwaan yang tidak berasas itu telah mendorong pendedahan keterlaluan oleh media mengenai tuduhan tersebut minggu lalu.
Sehubungan itu, wanita tersebut telah membuat laporan polis ekoran tidak tahan dengan gangguan-gangguan berkenaan yang dianggap telah menyekat kebebasan dirinya.
“Saya diekori pihak tertentu sehingga saya tidak boleh keluar (rumah),” kata Sri Wani kepada Hakim Abdul Walid Abu Hassan berhubung kegagalan memasukkan bukti dakwaan fitnah madunya dalam afidavit injunksi ex parte (sebelah pihak) di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.Kosmo
BACA LAGI - Sri Wani mula rasa terancam

Peniaga hilang status kewarganegaraan


yu choon (kiri) bersama anak sulungnya, Soo Eang (kanan) dan Michael Chong

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga tergamam apabila mendapati dirinya kehilangan status kewarganegaraan ketika proses memohon penukaran MyKad baharu di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Pulau Pinang bulan lalu.
Lelaki malang itu, H’ng Yu Choon, 65, berkata, dia terkejut apabila permohonan untuk menukar MyKad ditolak oleh JPN selepas mendapati dia bukan lagi rakyat Malaysia.
“Pada masa itu saya hanya mahu menukar MyKad yang baharu kerana MyKad yang sedia ada telah rosak.“Namun saya tidak sangka permohonan tersebut ditolak kerana JPN mendakwa saya telah berhijrah ke Singapura pada awal tahun lalu dan saya bukan lagi rakyat Malaysia,” dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jalan Ampang di sini semalam.Kosmo
BACA LAGI - Peniaga hilang status kewarganegaraan

Jumaat, 13 April 2012

Dua gempa sederhana landa Sumatera

KUALA LUMPUR — Dua gempa bumi sederhana melanda Sumatera, Indonesia malam tadi susulan kepada gempa berskala 8.9 Richter pada Rabu lalu.
Gempa bumi pertama berukuran 5.4 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera pada 7.01 petang, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam tadi.
Gempa itu berlaku di 355km barat daya Pagar Alam, Sumatera dan 954km barat daya Pontian, Johor.
Sementara gempa bumi kedua berukuran 5.6 pada skala Richter melanda perairan pantai barat Sumatera Utara pada 9.09 malam.
Gempa bumi itu berpusat di 269km barat daya Simeulue dan 815km barat daya Batu Feringghi, Pulau Pinang.
Kedua-dua gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.Kosmo
BACA LAGI - Dua gempa sederhana landa Sumatera

KFC Thailand mohon maaf


LAMAN sosial Facebook KFC dikritik kerana menulis mesej yang tidak sensitif ketika orang ramai panik berikutan gempa bumi kuat di Aceh, Indonesia kelmarin.

BANGKOK - Pengendali restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) Thailand mengeluarkan permohonan maaf selepas rakyat negara itu mengkritik satu mesej yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya.
Mesej itu menggesa orang ramai supaya orang ramai pulang ke rumah dan memesan ayam KFC. Ia ditulis ketika orang ramai panik dan bergegas pulang berikutan berlaku dua gegaran di Aceh, Indonesia yang mencecah kekuatan 8.6 pada skala Richter semalam.
Syarikat itu menulis mesej yang berbunyi: "Cepat pulang ke rumah dan ikuti perkembangan terkini berita gempa bumi dan jangan lupa untuk memesan menu KFC kegemaran anda."
Ia nyata mengundang komen-komen marah yang menyifatkan KFC Thailand tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri. Mesej itu kemudian dibuang dan digantikan dengan permohonan maaf. - Agensi
BACA LAGI - KFC Thailand mohon maaf

Khamis, 12 April 2012

Siswazah UKM mohon sumbangan kaki palsu

ALOR SETAR — Seorang siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kehilangan kaki kirinya setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2002 memohon bantuan kaki palsu baru bagi membolehkannya bergerak aktif.
Mohd. Sari Adam Ahmad, 27, yang ketika kejadian itu berusia 17 tahun terpaksa menerima hakikat kaki kirinya dipotong dari paras peha akibat kemalangan jalan raya yang berlaku tidak jauh dari rumahnya di Taman Rakyat Fasa II, Mergong di sini.
Katanya, selepas kakinya dipotong beliau bernasib baik kerana keluarganya ketika itu mampu untuk membeli kaki palsu yang bernilai RM12,000 bagi memudahkannya berjalan dan melakukan aktiviti harian.
Namun kaki palsu yang berusia 10 tahun itu kini rosak dan menyebabkan kesakitan pada bahagian pehanya malah beliau sukar untuk berjalan ke tempat kerja dan tidak mampu untuk melakukan pekerjaan yang berat di tempat kerjanya, sebuah mini market di sini.
"Kos kaki palsu bernilai RM20,000 menyebabkan saya tidak mampu untuk membelinya memandangkan pendapatan sekitar RM700 sebulan dan bapa Ahmad Abdul Hamid, 56, juga tidak mampu untuk membantu memandangkan terpaksa menyara tiga lagi adik yang masih bersekolah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini.
Mohd. Sari, anak ketiga dari enam beradik yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan berkata, walaupun menggunakan kaki palsu beliau tetap optimis meneruskan pelajarannya sehingga ke peringkat lebih tinggi dan akhirnya berjaya menerima segulung ijazah pada 2010.
Orang ramai yang bersimpati dan ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubunginya di talian 019-4414323 atau terus ke akaun CIMB Bank 0216-0005701-20-7 (Mohd. Sari Adam Ahmad).— BERNAMA
BACA LAGI - Siswazah UKM mohon sumbangan kaki palsu

Seramai 5.3 juta tonton ABPBH2011




KEGEMILANGAN Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang berlangsung Ahad lalu terbukti apabila acara kemuncak yang dipancarkan secara langsung menerusi TV3 meningkat sehingga 5.3 juta penonton antara jam 10.50 hingga 11 malam.

Secara purata, ABPBH 2011 yang menyaksikan gabungan penyanyi hebat seperti Datuk M Nasir, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Ziana Zain, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Alyah dan ramai lagi itu mencatat 4.7 juta tontonan.

Tahun lalu, ABPBH mencatat sebanyak 4 juta. Peningkatan berkenaan sekali gus membuktikan acara berprestij yang memasuki usia 25 tahun penganjurannya kian matang dan semakin mendapat tempat di hati peminat industri hiburan tanah air.

Kredit seharusnya diberikan kepada barisan artis yang menjayakan persembahan pada malam itu apabila masing-masing berlumba-lumba memberikan persembahan terbaik bagi menghangatkan lagi acara kemuncak yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands itu.

Bagaimanapun, populariti finalis juga tidak harus diketepikan. Mereka antara sebab utama penonton melekat di depan kaca televisyen, bagi mengetahui siapa yang pulang dengan trofi yang menjadi rebutan ramai terbabit.

Sementara itu, kemenangan yang diraih lebih awal pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26 yang berlangsung Januari lalu, dilihat mempengaruhi kuasa undian peminat apabila Hafiz Suip yang dijulang sebagai pemenang vokal dan juara keseluruhan menerusi lagu Awan Nano sekali lagi mencatat gemilang apabila peminat memilihnya sebagai Penyanyi Lelaki Popular. 
Selain Hafiz, turut mengulangi kejayaan pada malam itu ialah penyanyi lagu Tiga Suara, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah, apabila pemenang Naib Juara AJL26 itu membawa pulang trofi Penyanyi Duo/Berkumpulan Popular.

Bukan saja AJL memberi impak kepada keputusan undian peminat, populariti filem drama romantis arahan Osman Ali yang berjaya mengutip kira-kira RM11 juta turut membawa tuah kepada tunjang utamanya, Aaron Aziz dan Maya Karin.

Ketampanan dan lakonan berkesan Aaron sebagai Hariz melayakkan pelakon berasal dari Singapura itu membawa pulang trofi Pelakon Filem Lelaki Popular dan Bintang Paling Popular, manakala Maya Karin dengan trofi Pelakon Filem Wanita Popular.




Sumber : Berita Harian



BACA LAGI - Seramai 5.3 juta tonton ABPBH2011

Malaysia tarik balik nasihat amaran tsunami

KUALA LUMPUR — Amaran tsunami yang dikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah ditarik balik pada pukul 10 semalam, kata Jabatan Mateorologi Malaysia (JMM).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JMM memaklumkan bahawa nasihat itu dikeluarkan pada pukul 6.55 malam berikutan gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia.
Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran pada pukul 4.50 petang Rabu berikutan kejadian gempa bumi itu.
JMM turut mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeri berkenaan supaya menjauhi kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi itu mengakibatkan tsunami. — BERNAMA
BACA LAGI - Malaysia tarik balik nasihat amaran tsunami