Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah.
Nama asal saya
sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi
Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15
buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi
seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami
mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program
khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar
RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah
rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah
diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan
harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami
mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami
dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya
ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan
mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa
hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu
tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran
Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama
kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan
oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka
dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil > cikgu). “cikgu saya ada
beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah
cikgu…”
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz
itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan
beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya
semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama
langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.Injil
sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan
ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan -kawan dengan begitu ilmiah.
Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab
secara tepat.
Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 -
konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa
orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz
itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya
juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu
pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji
saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya
mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam
membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan
seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan
berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin
tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya
terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan
berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu
minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas
itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat
pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat
saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah
saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya.
Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa
oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya
Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan
Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir
yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM.
Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3
tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk
kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak
jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit
over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya
Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu
berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti
saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di
PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan
bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya.
Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang
sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar
surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik.
Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat
berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya
terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat
tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya
kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya.
Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas.
Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita
meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan
sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan
nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat
dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa
orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah
saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak
akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana
itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-ka wan masa Kristian
dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah
ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga
diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa
benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana
saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT.
Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh
cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia
. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif
untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita
terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope
John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah
dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil
sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan
dapat diselamatkan. insyaAllah.
Tolong sebarkan… demi islam… demi agama yang tercinta Insyaallah…
Posted in Islam, Kisah dan Tauladan on Apr 07,
2007