Selasa, 13 Mac 2012

Kaki judi gigit zakar anak hingga putus

KANAK-KANAK yang parah akibat diserang bapanya sendiri terlantar di sebuah hospital di Shenzhen untuk dirawat.
KANAK-KANAK yang parah akibat diserang bapanya sendiri terlantar di sebuah hospital di Shenzhen untuk dirawat.

BEIJING: Orang ramai terkejut apabila seorang bapa menggigit hingga putus zakar anaknya yang baru berusia enam tahun sebelum memuntahkannya di tepi jalan, semalam.
Saksi berkata, lelaki berusia 32 tahun itu berjalan bersama mangsa yang berbogel serta adik perempuannya yang berusia empat tahun.

Pada satu ketika, kata saksi, si bapa mengarahkan budak lelaki itu menjilat kemaluannya tetapi dia enggan, menyebabkan dia berang.
“Lelaki itu membaham kemaluan anak lelakinya dan menggigit zakar mangsa,” katanya.

Akhbar City Post semalam menyiarkan gambar mangsa terbaring di hospital di Shenzhen, wilayah Guangdong dengan bahagian sulitnya berbalut.

Media melaporkan, doktor gagal menyambung kemaluan mangsa, tetapi terlalu awal menjangkakan bagaimana keadaannya selepas ini. Polis percaya lelaki terbabit mengalami penyakit mental.
Selain kerap berjudi, dia juga didapati menanggung hutang yang banyak selepas bisnesnya gagal. 

info: Metro

psss: Apa nak jadi........
BACA LAGI - Kaki judi gigit zakar anak hingga putus

Dirang Dibakar dan Dibunuh



Kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang sejak awal bulan ini akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan rangka manusia rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada Khamis lalu adalah mayat kanak-kanak itu.

Pengesahan itu dibuat berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka tersebut.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, sampel DNA yang diperolehi daripada serpihan tulang di tempat kejadian telah dihantar ke makmal dan ia sepadan dengan DNA ibunya.

Tiada kata yang mampu diucapkan oleh anggota keluarga mahupun jiran untuk menenangkan ibu Dirang, Roselyn Alan, 25 yang terkejut dan menangis tidak berhenti sejak menerima maklumat berhubung perkara itu.

Sebelum ini Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.


psss:Al-fatihah untuk Nurul Nadhirah........amin
BACA LAGI - Dirang Dibakar dan Dibunuh

Sabtu, 10 Mac 2012

Penyesalan Seorang Anak

BANTU...pegawai JKM dan kakitangan hotel mengangkat Faridah untuk dibawa masuk ke dalam van, semalam.
BANTU...pegawai JKM dan kakitangan hotel mengangkat Faridah untuk dibawa masuk ke dalam van, semalam.


 “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.
“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu. 
“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.

“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.



ppsss.... ibu seorang boleh menjaga anak 10,anak seorang tak sanggup menjaga ibu yang satu.....Dunia...Dunia...Minta dijauh...!
BACA LAGI - Penyesalan Seorang Anak

ELAK GEJALA TERSEDAK SUSU

SEJAK akhir-akhir ini, kematian bayi akibat tersedak susu atau tercekik makanan semakin banyak dilaporkan. Terbaru, bayi perempuan berusia tujuh bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Simpang Empat, Kangar, Perlis pada 16 Februari lalu.

Walaupun kes ini dianggap terpencil, ibu bapa tidak harus memandang ringan kejadian-kejadian tidak diduga ini.
Pensyarah Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Noor Eliza Hashim, menjelaskan, masalah ini berpunca daripada proses menelan makanan oleh bayi.
"Penyusuan bayi adalah satu proses yang memastikan makanan yang ditelan memasuki saluran makanan iaitu esofagus. Ia bersambung dengan perut dan kemudiannya ke usus kecil dan besar manakala saluran pernafasan (trakea) bersambung dengan paru-paru," katanya.

Beliau menjelaskan, jika trakea ini tersumbat, udara tidak akan dapat masuk ke dalam paru-paru lalu menyebabkan organ-organ di dalam badan tidak mendapat bekalan oksigen.
Menurut Dr. Noor Eliza, organ seperti jantung dan otak jika tidak mendapat bekalan oksigen, tidak dapat berfungsi dan ini boleh menyebabkan kematian.

Dalam keadaan yang normal, makanan yang turun dari mulut tidak akan masuk ke dalam trakea.
"Ini kerana apabila kita menelan, struktur yang dinamakan epiglotis yang terdapat di bahagian pangkal salur trakea akan menutup salur trakea dan makanan itu hanya akan melalui saluran esofagus. Proses inilah yang dilalui bayi yang sedang minum susu," katanya.
Selain itu, di dalam larinks juga terdapat kotak suara (vocal cord). Semasa bayi menangis, kotak suara ini bergetar dan larinks tidak ditutup oleh epiglotis.

Oleh itu, apabila bayi diberi minum susu ketika dia sedang menangis dengan kuat, risiko untuk susu termasuk ke dalam saluran pernafasan adalah lebih tinggi.
Posisi bayi"Faktor-faktor lain yang menyebabkan bayi tersedak susu adalah posisi bayi ketika menyusu. Susu lebih senang memasuki salur pernafasan jika bayi baring terlentang," jelas beliau.
Dr. Noor Eliza menjelaskan, cara kedua yang boleh menyebabkan gejala tersedak susu adalah gastroesofagial reflux.
Dalam keadaan ini, susu di dalam perut akan keluar semula ke atas melalui esofagus dan kemudian memasuki saluran trakea.

Ini disebabkan oleh otot sfinkter antara esofagus dan perut yang masih lemah pada bayi.
"Reflux ini lebih mudah berlaku jika bayi menyusu dalam keadaan terlentang. Jenis susu yang lebih pekat boleh digunakan untuk mengurangkan masalah reflux ini. Kebiasaannya masalah reflux akan pulih dengan sendirinya apabila bayi semakin membesar," tambahnya.
Terdapat juga kes-kes bayi lemas ketika menyusu disebabkan penyakit kongenital atau saraf yang boleh menjejaskan fungsi saluran makanan dan pernafasan.
"Contoh penyakit kongenital seperti trakeo-esofagial fistula iaitu terdapat komunikasi di antara trakea dan esofagus. Walaupun jarang terjadi, faktor penyakit ini meninggikan risiko seseorang bayi itu untuk mengalami masalah tersedak ini," ujarnya.

Jika berhadapan dengan situasi mencemaskan ini, Dr. Noor Eliza menasihatkan berhenti menyusukan dengan segera dan tegakkan posisi bayi.
Sekiranya bayi kelihatan sukar bernafas segeralah ke hospital yang berdekatan.

Info : Berita Harian
BACA LAGI - ELAK GEJALA TERSEDAK SUSU

Jumaat, 9 Mac 2012

Mencari Adik Noor Rubeena Yang Hilang



Kanak-kanak berusia 5 tahun ini hilang pada 1hb Mac 2012 di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak malang ini, hubungi Noor Rubeena Baharuddin ditalian 012-5997705 atau Hotline Kontinjen Johor ditalian 07-2254422

p/s: Sebarkan......................
BACA LAGI - Mencari Adik Noor Rubeena Yang Hilang