Ahad, 23 Oktober 2011
Sabtu, 22 Oktober 2011
Emm...hari yang membosankan sementara menunggu jam 1pm...Kebiasaannya time2 nie dah kuar pegi site nie...dalam 1-2 jam dah boleh balik rumah...Hari nie bos aku tak masuk keja kaki bengkak,tah malam semalam apa yang dibuatnya...Citer pasal site, semalam nak dijadikan citer tiba2 satu bunyi kuat aku dengar kat area bawah condo site yang aku keja.Aku tengok batu bata dan simen dah bertaburan.So..aku pun turun nak tengok apa yang berlaku.. diantara batu bata dan simen yang jatuh dari tingkat berapa tah ada satu workes yang kena.Masyaallah..terkejut dibuatnya...Apa lagi cepat2 angkat terus bawa kat hospital.Bayangankan berat batu bata dan simen hampir 2tan...Macam2 leh terjadi,tetapi dengan kuasa Allah workes nie berjaya diselamatkan.Tapi tangan dan kaki patah.Rasa2nye dalam 6bulan gak nak recovery tu..Inilah kebersaran kuasa Allah yang ditunjukkan kepada kita dimuka bumi ini.Dan inilah pengalaman aku yang paling hebat yang pernah aku saksikan...Subhanaallah....
BACA LAGI -
Jumaat, 21 Oktober 2011
Rejim Gaddafi Akhirnya Tumbang
Selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah tentera kerajaan sementara dengan dibantu tentera udara pertubuhan perjanjian atlantik utara (NATO) berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli.Menurut AFP, anak lelaki bongsu Gaddafi, Seif al-Islam ditangkap oleh pemberontak, manakala anak lelaki sulungnya, Mohammed Al-Gaddafi yang diwawancara oleh televisyen Al-Jazeera di kediamannya dilaporkan menyerah diri, tetapi nasib anak-anaknya yang lain masih tidak diketahui.Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi. Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.Turut terbunuh dalam serangan itu Mutassim anak ke-lima Gaddafi.
BACA LAGI - Rejim Gaddafi Akhirnya Tumbang
Khamis, 20 Oktober 2011
My Baby
My baby yang bongsu.Diberi nama Nurul Farah Safiyah.Sangat manja dengan mama nya.Nama timangan baby sebab comel cam baby...telatahnye yg manja buat dia disenangi oleh semua.Umurnye genap 2 tahun 4 bulan cepat merajuk dan pemalu.Matanye bulat cantik dan ayu.Kakak dan abangnye suka menyakat kadang2 tu sampai menangis dibuatnye,yg pening mestilah mamanye.Pertama kali menyambut kelahirannye bagaikan baru meyambut anak pertama sedangkan dah kali keempat...waktu diazan kan matanye sentiasa terbuka bagaikan memahami dan berterima kasih kerana dia dilahirkan didunia ini.Terima kasih buat mama yang melahirkan anak2 yang comel buat ayah.
BACA LAGI - My Baby
Rabu, 19 Oktober 2011
Misteri Genting Hingland
Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi "tukang tilik nasib" bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa "Belaan/Makhluk" untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua "Belaan" ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.
Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa "Belaan" kerana di atas sana semua "Belaan" ini akan dikesan oleh pihak Genting. JAdi "Belaan" ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa "Belaan" mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.
Langgan:
Catatan (Atom)

















