Selasa, 11 Oktober 2011

Seronoknya Menjadi Seorang Anak Raja

Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah ialah Sultan Brunei Darussalam serta anak sulung kepada Sultan yang sebelumnya iaitu Sultan Omar ‘Ali Saifuddien III. Selain menjadi Sultan, baginda juga memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan Brunei. Baginda diangkat sebagai Putera Mahkota pada tahun 1961 dan ditabalkan sebagai Sultan pada 5 Oktober 1967, selepas ayahandanya turun daripada takhta dengan sukarela. Permaisuri baginda ialah KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kedua-dua kerabat ini dikurniakan sebanyak enam orang putera puteri. Salah seorang dari putera baginda adalah pewaris kerajaan, iaitu DYTM Paduka Seri pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Sejak dilahirkan lagi, baginda sudah makan dan minum menggunkan garfu dan sudu emas seta memakai pakaian yang di saluti emas tulen. Gambar di bawah adalah gambar istana baginda yang terdiri daripada 1788 bilik dengan perabot disaluti emas dan berlian. 257 bilik mandi di saluti emas dan perak dan sebuah garaj kereta untuk mempamerkan 110 buah keratanya. Di istana ini terdapat 650 suites dan setiap satunya bernilai tidak kurang 150,000 ribu euro. Setiap pelawat perlu menghabiskan masa 24jam untuk melawat setiap bilik selama 30 saat. 

sesetengah dinding bilik disulam berlian, sebanyak 257 bilik mandi diperbuat daripada emas dan perak serta mempunyai sebuah garaj yang boleh menempatkan sebanyak 110 buah kereta.
Sebanyak 650 bilik mempunyai suite dan nilai sebuah bilik tidak kurang daripada RM 612,311.99.
 




                                             Kereta Canggih Sultan Brunei – Dauer 962 LeMans















Kereta Mewah Sultan Brunei – Ferrari 550 Spider 
Kereta Ferrari ini dibuat khas dan ekslusif untuk Sultan Brunei 
Kereta Mewah Mercedes-Benz S500 
                                                         Kereta MewahMaserati MC12
Kereta Mewah Chrysler 300C 
Jet Peribadi Sultan Brunei. Serba-serbi emas 




Satu lagi Jet Peribadi Sultan Brunei 

Fakta :
·
        Terdapat 5 buah garaj yang menempatkan 7000 kereta.
·
        Koleksi kereta terdiri daripada paling mahal, paling cantik, paling laju dan paling jarang ditemui.
·
        Antara kereta yang dimiliki oleh Sultan Hassanal Bolkiah ialah Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, Maybach 62, Jaguar XJR-15 962s dan Dauer
·
        Sultan Hassanal Bolkiah juga mempunyai koleksi 6 buah Ferrari FX models, Bentley Continental R, Porsche Carma, Agera Koenigsegg CC GT, Ferrari Mythos dan Mercedes-Benz CLK-GTR, yang dibuat khas untuk Sultan.
·
        Sultan Hassanal Bolkiah juga meminati Formula 1 dan terdapat satu garaj khas yang mengandungi kereta Formula 1 yang memenangi setiap perlumbaan sejak tahun 1980. 

Gaya seorang putera raja yang kaya di dunia.
Putera Azim Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, anak kedua Sultan Brunei berusia 25 tahun.

Kehidupan anak bilionair, bak kata ‘hidup di dalam syurga’.


BACA LAGI - Seronoknya Menjadi Seorang Anak Raja

The Pet Crocodiles of Africa

Tauke kedai......
   Masa untuk latihan...
Masa untuk melepaskan tension....
Pengawal Peribadi...
Masa untuk berehat....
Masa untuk makan..


BACA LAGI - The Pet Crocodiles of Africa

Isnin, 3 Oktober 2011

Peristiwa Bukit Kepong 23 Februari 1950

Gambar Balai Polis Bukit Kepong selepas kejadian
Gambar Anggota Polis Bukit Kepong
Gambar Anggota Polis Yang Terkorban

Fakta :
     Peristiwa Bukit Kepong

  •  Peristiwa Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950. Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

  •  Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia. Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis.

  •  Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka: Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan  Keadaan balai polis yang terpencil  Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ.

  •  Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis. Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya. Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai.

  •  Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ. Serangan Komunis Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut.

  •  Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.

  •  Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.  Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

  •  Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

  •  Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan baai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini. Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api.

  •  Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api. 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka. Bantuan dari perkampungan berdekatan Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung.

  •  Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung.

  •  Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis. Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai. Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis.

  •  Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan. Selanjutnya Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapu mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.


Mereka yang gugur dalam pertempuran
Anggota Polis
  1. Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
  2. Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
  3. Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
  4. Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
  5. Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
  6. Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
  7. Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
  8. Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
  9. Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
  10. Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
  11. Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
  12. Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
  13. Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
  14. Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad
Polis Bantuan / Auxiliary Police
  1. Ins. Kudarina Naknok
  2. AP 2130 Samad bin Yatim
  3. AP 1912 Mahmud bin Sa'at
  4. AP 1925 Ali bin Akob
  5. AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
  1. Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
  2. Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
  3. Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
  4. Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
  5. Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
  1. AP 2098 Redzuan bin Alias
  2. Embong bin Lazim
  3. Mendiang Koh Ah Cheng


 Mereka yang terselamat
 Anggota Polis  Konstabel Othman Yusoff (meninggal);
  Konstabel Marin Abu Bakar Daud (meninggal);
  Konstabel Tambahan Ahmad Khalid (meninggal);
  Sarjan Haji Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)

  Ahli keluarga anggota
  Mariam Ibrahim - balu Konstabal Muhamad Jaafar  Zainun Muhamad 
- anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar  Abu Samah Muhammad
 - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar  Zaleha
 - anak perempuan Konstable Muhamad Jaafar  Jamilah
 - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud  Hussain
 - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud  Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa
 - isteri Konstabel Hassan Osman  Pon Khalid
 - isteri Konstabel Marin Awang Ali  Fatimah Tuani
 - isteri Konstabel Hamzah Ahmad  







Gerila Komunis


BACA LAGI - Peristiwa Bukit Kepong 23 Februari 1950

Sabtu, 24 September 2011

Sabtu, 20 Ogos 2011

Bulan Ramadhan Dan Solat Sunat Tarawih

  Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat. Padanya terdapat malam lailatulqadar iaitu satu malam yang lebih mulia dari seribu bulan. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman Allah S.W.T: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar.Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr: 1-5.
  
  Pada bulan Ramadan ini jugalah Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Ganjaran pahala kurniaan-Nya untuk hamba-Nya yang beribadah pada bulan Ramadan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang lain. Inilah bulan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1898.
Selanjutnya baginda bersabda: “Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1899.

  Solat sunat tarawih iaitu solat pada malam bulan Ramadhan.Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah,ertinya berhanti rehat.Solat sunat ini dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat,maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah.Kalau ada 20 rakaat,maka akan ada lima tarwihah.

  Solat sunat tarawih dilakukan pada malam Ramadhan secara berjamaah.Solat ini digalakkan sebagai cara menghidupkan malam bulan Ramadhan.Nabi menggalakkan orang qiyam Ramadhan,tanpa menjadikan wajib.Baginda bersabda: "Sesiapa yang qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat akan diampunkan dosanya yang lalu".(Riwayat Jamaah)".Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan seseorang pada masa lalunya.Sebagai hamba Allah yang ingin mengabdi dan berbakti,kita mempunyai keupayaan sendiri.Sebabnya,solat sunat tarawih ini ibadat tambahan,dan satu cara untuk menunjukkan kataatan kepada Allah,maka Nabi menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan.

Lafaz niat:




Niat dihati: : "Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala".








BACA LAGI - Bulan Ramadhan Dan Solat Sunat Tarawih