Maha Suci Zat yang telah mencurahkan segenap cinta-Nya kepada para hamba yang dicintai-Nya,Iaitu, dengan memuji mereka atas segala apa yang telah Dia berikan dan membeli kembali dengan pahala (balasan kebaikan).Zat Yang Maha berkuasa untuk mendahulukan terhadap hamba(umat) terakhir kerana sifat-sifat yang menonjol pada diri mereka.Sebab disitulah terletak dari wujud kecintaan-Nya.Zat Yang Maha Bangga dengan puasa yang mereka(para hamba) lakukan dan mencintai bau mulut mereka kerana puasa tersebut.Zat yang mempunyai posisi sentiasa terjaga(tidak tidur dan tidak lalai),yang tidak seorang pun mampu mencapai wujud-Nya dan tidak mampu mengurai hakikat keberadaan-Nya dengan sempurna.
Rabu, 10 Ogos 2011
Ramadhan

Selasa, 9 Ogos 2011
Kenapa Solat Lima Waktu?
Mengapa penghadapan manusia kepada Allah perlu sampai lima kali sehari?Jawapan kepada soalan ini dapat dilihat pada ayat al-Quran yang bermaksud;"Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya."(al-Mukminum:1-2),dan "Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah seseorang dari berbuat kejahatan dan kemungkaran."(al- Ankabut:45)
Penghadapan kepada Allah adalah untuk kejayaan manusia di dunia dan akhirat.Kejayaan yang paling penting ialah kejayaan tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran.Sebab,tanpa adanya sesuatu yang negatif dalam diri manusia maka potensi manusia untuk memicu membuat kebaikan amal soleh dan hasanah akan lebih cerah dan terjamin.
Solat hanya lima kali dalam sehari semalam,dan dilakukan pada masa yang sesuai.Zuhur adalah waktu untuk beristirehat dan makan,masa inilah yang sesuai untuk menghadap Allah.Asar adalah waktu akan berakhirnya siang,maka manusia perlu berehat untuk menghadapi malam.Maghrib,solat pada permulaan malam.Dan Isya adalah waktu yang sesuai menghadap Allah.Dan Subuh adalah permulaan manusia melihat dunia sebaik matahari terbit,maka pada masa itulah waktu Subuh diadakan.
BACA LAGI - Kenapa Solat Lima Waktu?

Isnin, 4 Julai 2011
Kelayakan Piala Dunia 2014
Assalammualikum, Tahniah skuad Harimau Malaya kerana layak kepusingan kedua Zon Asia.Walaupun dalam keadaan cemas tetapi berjaya mempertahankan kubu malaysia.Yang pasti ucapan syabas harus diberikan kepada penjaga gol yang banyak mematahkan serangan demi serangan dari pihak lawan.SYABAS........
BACA LAGI - Kelayakan Piala Dunia 2014
Isnin, 20 Jun 2011
Hakikat Solat
Solat adalah ibadat yang terdiri daripada perbuatan,diam dan ucapan.Terdapat empat pergerakan,iaitu berdiri,rukuk,sujud dan duduk.Pada setiap pergerakan itu mesti ada diam yang dipanggil tokmakninah.Dalam setiap perbuatan itu disertai dengan ucapan,iaitu bacaan Quran,takbir,tasbih,tahmid.tahlil,zikir dan doa.
Semua pergerakan dan bacaan ini disusun begitu kemas, dan diambil secara total daripada Quran dan hadis Nabi Muhammad saw.Quran menunjukkan kepelbagaian solat dan cara melakukannya.
Seorang Islam tidak boleh mencipta solatnya sendiri.Sabda Nabi "Solatlah kamu seperti aku solat".Dan solat Nabi diajar sendiri oleh Malaikat Jibrail,seperti diterangkan dalam sebuah hadis Bukhari dan Muslim)
Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat.Solat fardhu ada lima iaitu Subuh,Zuhur,Asar,Maghrib dan Isya.Solat yang lain adalah sunat.hal ini terkandung dalam hadis yang diberitahukan oleh Talhah bin Ubaidillah.Dia berkata seorang Arab datang berjumpa Nabi dan bertanya:"beritahu saya wahai Rasulullah,apakah solat yang wajib saya lakukan?:Jawab Nabi,"Solat lima waktu sehari semalam."Adakah sembahyang yang lain?""Tidak ada yang lain kecuali solat sunat."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah mewajibkan umat Islam mendirikan solat lima waktu,yang memberi erti Allah mahu bertemu dengan manusia sebanyak lima kali dalam sehari.Atas arahan ini manusia wajib melaksanakan kehendak Allah itu.Quran meyebutkan:"Hendaklah kamu tunaikan solat untuk ingat kapada Ku." (Surah Taha: 13)
(Dipetik dari Haji mohd Jajuji Abd Rahman)
BACA LAGI - Hakikat Solat

Jumaat, 17 Jun 2011
Solat - Solat Sunat Hikmah dan Cara
Solat atau dalam istilah orang melayu ,sembahyang,adalah amalan yang disyariatkan kepada umat islam.Solat ada yang wajib dan ada yang sunat.Kenapa manusia mesti bersolat?Kenapa ada solat sunat?Soalan seperti ini sering ditanyakan oleh manusia,sama ada orang bukan islam atau yang beragama islam.
Jawapan kepada soalan itu mempunyai kaitan rapat dengan prisip asas aqidah atau kepercayaan orang islam.Antara prisip yang penting ialah manusia mesti tahu asal usulnya dan tujuan wujudnya.
Manusia dan alam serta isinya adalah ciptaan Allah.Allah yang Esa,itulah yang berjasa menjadikan,menghidupkan dan mematikan manusia.Allah jugalah yang bermurah memberikan segala rezeki dam nikmat kepada manusia.Disebabkan begitu gagahnya Allah,manusia seratus peratus bergantung kepada-Nya,maka hanya Allah sahaja yang disembah dan hanya Allah sahaja tempat manusia meminta tolong.Manusia bukan sahaja hidup didunia ini,tetapi akan hidup di satu alam yang lain selepas mati,iaitu syurga atau neraka.Perjalanan manusia yang begitu jauh dan susah memerlukan bimbingan dan petunjuk yang tidak putus - putus.Sebagai makluk Allah,seharusnya mempunyai tanggungjawab mengabdikan kepada Allah.Firman Allah: "Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdi kepada Ku ". ( Surah al-Zariat : ayat 56 )
Oleh yang demikian,manusia harus tahu dan menggunakan cara yang tepat dan betul untuk mengabdi kepada Allah dan meminta bantuan-Nya.maka dalam hal ini solat,yang bersih dari syirik,menjadi jalan atau cara untuk mengabdi,berkomunikasi,mengadap, dan menyerahkan permintaaan dan aduan kepada Allah-pencipta yang sebenar.( Dipetik dari Haji Mohd Jajudi Abd Rahman )
BACA LAGI - Solat - Solat Sunat Hikmah dan Cara

Alhamdullillah masih diberikan waktu menghirup udara dimuka bumi Allah ini...Sudah lama blog ini ditinggalkan....Mungkin waktu tidak mengizinkan dengan kerja-kerja seharian yang perlu diuruskan...Semoga diberikan kekuatan untuk meneruskan blog ini..insyaallah......
BACA LAGI -
Khamis, 20 Januari 2011
Tahun baru.
Assalamualaikum,
Lama gak tak buka blog nie..sibuk sikit..Mklum la tahun baru azam pun baru gak..Azam tahun lepas pu tak lepas2 lagi nie nak buka tahun baru..apa la....Buat family semoga sukses selalu..Pada teman2 aku ucapkan Selamat Tahun Baru.....walaupun dah lewat..Tahun nie ingat nak perbanyakan lagi biz..ni tengah cari material la nie..Harap2 berjaya la nak nye..Tahun lepas plan nak buka biz burger...plan na buka 2 stall..aleh2 satu yang dapat..jadi la...YES semoga berjaya....ffwet....
BACA LAGI - Tahun baru.

Langgan:
Catatan (Atom)