Sabtu, 20 Ogos 2011

Bulan Ramadhan Dan Solat Sunat Tarawih

  Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat. Padanya terdapat malam lailatulqadar iaitu satu malam yang lebih mulia dari seribu bulan. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman Allah S.W.T: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar.Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr: 1-5.
  
  Pada bulan Ramadan ini jugalah Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Ganjaran pahala kurniaan-Nya untuk hamba-Nya yang beribadah pada bulan Ramadan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang lain. Inilah bulan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1898.
Selanjutnya baginda bersabda: “Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1899.

  Solat sunat tarawih iaitu solat pada malam bulan Ramadhan.Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah,ertinya berhanti rehat.Solat sunat ini dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat,maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah.Kalau ada 20 rakaat,maka akan ada lima tarwihah.

  Solat sunat tarawih dilakukan pada malam Ramadhan secara berjamaah.Solat ini digalakkan sebagai cara menghidupkan malam bulan Ramadhan.Nabi menggalakkan orang qiyam Ramadhan,tanpa menjadikan wajib.Baginda bersabda: "Sesiapa yang qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat akan diampunkan dosanya yang lalu".(Riwayat Jamaah)".Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan seseorang pada masa lalunya.Sebagai hamba Allah yang ingin mengabdi dan berbakti,kita mempunyai keupayaan sendiri.Sebabnya,solat sunat tarawih ini ibadat tambahan,dan satu cara untuk menunjukkan kataatan kepada Allah,maka Nabi menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan.

Lafaz niat:




Niat dihati: : "Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala".








BACA LAGI - Bulan Ramadhan Dan Solat Sunat Tarawih

Khamis, 11 Ogos 2011

Islam Adalah Agama Kebersihan

  Banyak di antara kita yang tidak begitu mementingkan kebersihan diri sendiri.Bahkan ada diantara mereka yang tidak menjaga kebersihan mulut,tidak mencuci tangannya dari kekotoran setelah makan,tidak pernah melakukan siwak dan lain-lain.Sikap kurang perhatian ini akhirnya kembali kepada ketidak sempurnaan dalam pengamalan nilai keagamaan dan normal kehidupan di dunia.
  Memang agama telah memerintahkan orang yang beriman untuk selalu menjaga kebersihan dan mandi sebelum berangkat menuju pelaksanaan sesuatu perkara.Memakai wangi-wangian adalah termasuk dalam penilaian etika kebersihan.Jika orang yang beriman tidak memikirkan masalah-masalah ini,maka sesungguhnya ia telah dianggap meninggalkan sunah-sunah agama.Ini boleh menjadikan ibadah yang dilakukan tidak sah.Contohnya,jika ia tidak memastikan kebersihan kukunya selepas makan dan mengambil wuduk,yang menyebabkan air wuduknya tidak sampai membasahi bahagian yang seharusnya terkena air.
  Nabi Muhammad s.a.w. sendiri telah diakui sebagai teladan yang sangat bersih dan sangat indah perawakannya.Hingga di dalam sebuah hadis dinyatakan,bahawa baginda pernah berdoa sambil mengangkat kedua tangannya hingga terlihat ketiak beliau yang sangat putih.Begitu pula kedua kaki beliau apabila tersingkap,yang seolah terlihat seperti batang kurma yang putih.Nabi juga tidak pernah meninggalkan bersiwak dan tidak suka mencium bau yang tidak sedap.
  Oleh itu marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan diri seperti yang ditampilkan oleh Rasulullah.Kerana di dalam diri dan peribadi Rasullullah itu terdapat hal-hal yang seharusnya diteladani sebagai ciri tersendiri di antara umat manusia yang hidup di muka bumi ini.
BACA LAGI - Islam Adalah Agama Kebersihan

Rabu, 10 Ogos 2011

Ramadhan


  Maha Suci Zat yang telah mencurahkan segenap cinta-Nya kepada para hamba yang dicintai-Nya,Iaitu, dengan memuji mereka atas segala apa yang telah Dia berikan dan membeli kembali dengan pahala (balasan kebaikan).Zat Yang Maha berkuasa untuk mendahulukan terhadap hamba(umat) terakhir kerana sifat-sifat yang menonjol pada diri mereka.Sebab disitulah terletak dari wujud kecintaan-Nya.Zat Yang Maha Bangga dengan puasa yang mereka(para hamba) lakukan dan mencintai bau mulut mereka kerana puasa tersebut.Zat yang mempunyai posisi sentiasa terjaga(tidak tidur dan tidak lalai),yang tidak seorang pun mampu mencapai wujud-Nya dan tidak mampu mengurai hakikat keberadaan-Nya dengan sempurna.
BACA LAGI - Ramadhan

Selasa, 9 Ogos 2011

Kenapa Solat Lima Waktu?

Mengapa penghadapan manusia kepada Allah perlu sampai lima kali sehari?Jawapan kepada soalan ini dapat dilihat pada ayat al-Quran yang bermaksud;"Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya."(al-Mukminum:1-2),dan "Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah seseorang dari berbuat kejahatan dan kemungkaran."(al- Ankabut:45) 


   Penghadapan kepada Allah adalah untuk kejayaan manusia di dunia dan akhirat.Kejayaan yang paling penting ialah kejayaan tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran.Sebab,tanpa adanya sesuatu yang negatif dalam diri manusia maka potensi manusia untuk memicu membuat kebaikan amal soleh dan hasanah akan lebih cerah dan terjamin.

  Solat hanya lima kali dalam sehari semalam,dan dilakukan pada masa yang sesuai.Zuhur adalah waktu untuk beristirehat dan makan,masa inilah yang sesuai untuk menghadap Allah.Asar adalah waktu akan berakhirnya siang,maka manusia perlu berehat untuk menghadapi malam.Maghrib,solat pada permulaan malam.Dan Isya adalah waktu yang sesuai menghadap Allah.Dan Subuh adalah permulaan manusia melihat dunia sebaik matahari terbit,maka pada masa itulah waktu Subuh diadakan.


BACA LAGI - Kenapa Solat Lima Waktu?